BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam Thailand merancang untuk menangani COVID-19 sebagai penyakit endemik tahun ini meskipun usaha memerangi gelombang kelima jangkitan koronavirus di negara itu masih berterusan.
Timbalan Jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata pihak berkuasa Kesihatan Awam mengumumkan rancangan mereka untuk menguruskan pandemik COVID-19 dengan berkesan ketika Thailand memasuki tahun ketiga dalam memerangi COVID-19.
"Pihak berkuasa Kesihatan Awam akan mengurus gelombang jangkitan ini untuk membolehkan peralihan COVID-19 menjadi endemik apabila lebih ramai penduduk membentuk imuniti," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata COVID-19 hanya boleh menjadi endemik apabila virus itu kurang teruk dan terkawal melalui kadar vaksinasi yang lebih tinggi.
"Kami menjangkakan penyakit itu akan menjadi endemik tahun ini. Bukanlah dalam waktu terdekat. Kami akan menganggap COVID-19 sebagai endemik apabila ia boleh dikawal dan kadar kematian adalah rendah.
"Kami melancarkan kesedaran awam agar orang ramai faham bagaimana untuk hidup dengan COVID-19 sebagai penyakit endemik," katanya.
Beliau menambah bahawa negara-negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat juga menjangkakan COVID-19 mungkin beralih menjadi endemik.
Pada Selasa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran supaya tidak menganggap COVID-19 sebagai endemik berbanding pandemik kerana penyebaran varian Omicron masih belum stabil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
Kementerian Kesihatan Awam Thailand merancang untuk menangani COVID-19 sebagai penyakit endemik tahun ini meskipun usaha memerangi gelombang kelima jangkitan koronavirus di negara itu masih berterusan. - Gambar fail/REUTERS
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.