Susulan perintah daurat berkuat kuasa di Thailand pada Khamis, pihak berkuasa telah mengadakan 357 sekatan jalan raya di seluruh negara bagi melakukan saringan terhadap rakyat yang membuat perjalanan merentas wilayah dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.
Anggota tentera, polis dan pegawai kesihatan yang mengawal sekatan jalan raya di sempadan wilayah termasuk tujuh di Bangkok menjalankan saringan suhu badan sehingga 30 April ini.
Tinjauan di sekatan jalan raya Bang Na di ibu negara ini, mendapati pegawai mengambil suhu badan pemandu dan penumpang selain menasihatkan mereka menggunakan penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman atau pembersih tangan.
Pada Rabu, Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chan o-cha mengisyitharkan daurat bermula Khamis hingga 30 April.
Bermula hari ini, semua warga asing dilarang memasuki negara ini melalui semua pintu masuk kecuali diplomat, pemegang permit kerja warga asing dan mereka dalam sektor pengangkutan manakala warga Thailand yang bekerja dengan kedutaan asing dan mempunyai sijil kesihatan dikecualikan daripada larangan perjalanan.
Di bawah perintah daurat, semua pusat beli-belah, tempat hiburan dan venue sukan ditutup manakala pasa raya menjual makanan dan keperluan harian, farmasi dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi.
Restoran dan kafe hanya boleh menyediakan khidmat penghantaran dan bawa pulang sahaja.
Timbalan Perdana Menteri, Wissanu Krea-ngam, berkata kerajaan negara itu tidak menolak kemungkinan melaksanakan perintah berkurung atau larangan perjalanan sekiranya keadaan wabak bertambah buruk.
Hari ini, Thailand mencatatkan 111 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah 1,045 kes dengan empat kematian.
Seorang pegawai Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Anupong Sujariyakul, berkata daripada jumlah terbaru itu, seorang daripada mereka adalah peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling di Kuala Lumpur.
Setakat ini, sembilan petugas kesihatan dijangkiti virus itu selepas pesakit sengaja menyembunyikan maklumat penting mengenai sejarah perjalanan serta kontak mereka, katanya.
Sementara itu, Jabatan Pemulihan mengesahkan dua banduan dijangkiti COVID-19 iaitu seorang lelaki berusia 59 tahun yang menghidap kanser dan seorang suspek kes dadah.
"Pihak berkuasa sedang menyiasat punca jangkitan. Kami akan memantau secara dekat tahap kesihatan semua banduan dalam negara. Langkah sewajar telah diambil bagi mengekang penularan wabak ini," menurut kenyataan jabatan itu.
Thailand mempunyai 380,000 banduan dengan 13,000 pegawai pemulihan di seluruh negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Prayuth mengisyitharkan daurat bermula Khamis hingga 30 April. -AP
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
AWANI Ringkas: 5,376 penjawat awam Kedah terima bantuan khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Saloma Kuala Lumpur perkenal inisiatif bantu artis veteran, golongan memerlukan
Restoran Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan tabung khas untuk membantu mengurangkan beban golongan seni tanah air yang memerlukan.
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
Kelantan jangka bentang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tahun depan
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam persidangan DUN 2025.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
Dakwaan besar, cabar kuasa punca Presiden FABD dipecat Sultan Brunei?
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam, Feisal Eusoff Patail, dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Hsien Loong lepas jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong, berundur daripada jawatan tertinggi parti politik terbabit, pada Ahad.
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
45 pegawai, anggota polis ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September lepas
Sebanyak 45 anggota dan pegawai PDRM ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa.
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis
Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RXZ pada Julai lepas.
Tiada kompromi pegawai, anggota polis terlibat salah laku - KPN
Tiada kompromi terhadap pegawai dan anggota terbabit salah laku yang merosakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Anggota polis ditahan, disyaki peras ugut buruh sawit RM2,000
Difahamkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu menawarkan bantuan menyelesaikan kes lampau berkaitan urin mangsa.
PRK Mahkota: Tentera, polis tunai kewajipan esok
Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis akan mengundi awal dalam PRK Dewan Undangan Negeri Mahkota, esok.
Dua anggota polis digantung tugas kes dadah dan ketum
Dua anggota polis berpangkat rendah di negeri ini yang terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan ketum telah digantung tugas berkuat kuasa hari ini.
Dakwaan terima sogokan: Dua anggota polis PJ telah direkod keterangan
Dua anggota polis Petaling Jaya yang videonya tular kerana didakwa mengambil sogokan daripada dua lelaki warga asing telah diambil keterangan.