Mereka berpendapat umat Islam di AS sering menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia di negara itu.
Ia juga kerana AS merupakan rakan rapat Israel yang sering melakukan serangan terhadap Palestin, sekali gus meragut nyawa yang tidak berdosa.
Majlis berbuka puasa di White House pada Isnin malam. - Foto AFP/Yuri Gripas
Menerusi hashtag #WhiteHouseIftar, ramai warga media sosial di AS kritik mereka yang hadir ke majlis tahunan itu.
Pada Isnin, selain kehadiran personaliti Islam terkenal di AS, ia juga dari golongan diplomat, khususnya negara-negara Islam seperti dari Bangladesh dan Pakistan.
Lapor The Washington Post, Obama memberi peringatan tentang kebebasan di AS, termasuk kebebasan beragama.
Mengambil contoh tiga pelajar Islam yang maut ditembak di Chapel Hill, Utara Carolina, Obama berkata: "Sebagai rakyat Amerika, tidak sesiapa boleh dijadikan sasaran berdasarkan siapa mereka, luaran mereka, siapa mereka cintai atau siapa yang mereka sembah," kata beliau.
BACA: Pembunuhan tiga pelajar Islam di Chapel Hill sepi di media utama, tidak di media sosial
Beliau turut menganggap AS sebagai sebuah keluarga yang besar, tidak mengira pegangan agama masing-masing.
Majlis berbuka puasa di White House merupakan satu tradisi di kediaman rasmi Presiden AS dan dimulakan oleh mantan presiden Bill Clinton, dan diikuti oleh George W. Bush dan kini, Obama.