NEW DELHI: Misi mencari dan menyelamat 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam terowong jalan raya yang runtuh di utara India diteruskan pada Isnin.
Pasukan penyelamat menggerudi laluan baharu untuk mengeluarkan mangsa selepas usaha pada Jumaat terhalang apabila mesin gerudi rosak.
Pekerja berkenaan terperangkap dalam terowong sedalam lebih 200 meter sejak 12 November apabila sebahagian daripada binaan sepanjang 4.5 kilometer (km) itu runtuh.
Lebih banyak peralatan kini dibawa ke lokasi untuk membantu kerja menyelamat.
Makanan, ubat-ubatan dan oksigen turut disalurkan kepada pekerja melalui paip.
Terowong Silkyara adalah sebahagian daripada projek pembinaan lebuh raya bagi memendekkan jarak perjalanan antara tapak ziarah Hindu di negeri Uttarakhand.
Kerajaan berhadapan kritikan kerana tidak mendapatkan bantuan asing untuk menyelamatkan pekerja.
Presiden Persatuan Terowong Antarabangsa dan Angkasa Lepas Arnold Dix berada di lokasi untuk membantu operasi menyelamat pada Isnin.
Syarikat dan agensi yang turut membantu misi itu, termasuk National Highways and Infrastructure Development Corp Ltd (NHIDCL), Rail Vikas Nigam Limited (RVNL), dan Military Border Roads Organisation (BRO).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Misi mencari dan menyelamat 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam terowong jalan raya yang runtuh di utara India diteruskan pada Isnin. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Terowong runtuh di India: Usaha selamatkan mangsa terperangkap berdepan kesukaran
Misi mencari dan menyelamat 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam terowong jalan raya yang runtuh di utara India diteruskan pada Isnin.

Terowong runtuh di India: Nasib 40 mangsa masih samar-samar
Terowong baharu dibuat bagi mengeluarkan pekerja yang sebahagiannya dilaporkan telah jatuh sakit.

Puluhan terperangkap selepas terowong dalam pembinaan runtuh di India
Berpuluh-puluh pekerja terperangkap selepas sebuah terowong jalan raya yang sedang dalam pembinaan runtuh di Uttarakhand di utara India.

4 maut, terowong keretapi bawah tanah runtuh di Seoul
Empat pekerja pembinaan sebuah laluan keretapi bawah tanah di Korea Selatan maut selepas terowong yang sedang dalam pembinaan runtuh.