RABAT: Tentera Maghribi berjaya menyelamatkan sejumlah 141 migran di luar pantai Atlantik pada Ahad, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita MAP.
Kesemua migran termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak dari Afrika diselamatkan dalam operasi yang berlangsung selama 15 jam susulan cuaca tidak menentu, menurut kenyataan Tentera Diraja Maghribi.
Bot yang dinaiki kumpulan pendatang itu berlepas dari pantai Mauritania menuju ke Kepulauan Canary, pada 10 Feb.
Bot terbabit terkandas kira-kira 274 kilometer dari pelabuhan Dakhla dan menghantar isyarat kecemasan dan berjaya dipintas pihak berkuasa Maghribi.
Kesemua mereka diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalani prosedur pentadbiran, menurut kenyataan itu.
Menurut statistik, tentera Maghribi menahan kira-kira 87,000 pendatang tanpa izin pada 2023 yang kebanyakannya berasal dari Afrika. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024

Kesemua migran dari Afrika itu diselamatkan dalam operasi yang berlangsung selama 15 jam susulan cuaca tidak menentu. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Dakwa India negara xenofobia, Menteri Luar sangkal kenyataan Biden
Biden berkata Jepun dan India, bersama Rusia dan China adalah negara xenofobia yang tidak mahu menerima imigran.

Tentera Maghribi selamatkan 141 imigran di pantai Atlantik
Kesemua migran termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak dari Afrika diselamatkan dalam operasi yang berlangsung selama 15 jam.

Kanak-kanak tiga tahun ditemui berseorangan di ladang jagung
Kanak-kanak tersebut dipercayai terpisah daripada sekumpulan imigran yang melarikan diri daripada ditangkap ketika cuba memasuki AS.

Bahaya fahaman ekstremis sayap kanan
New Zealand memang sudah lama menjadi tempat bergantung kepada para pelarian perang, pelarian politik, pelarian ekonomi dan lain lain lagi.

Rami Malek imigran Arab Mesir cemerlang di Oscar
Remi Malek, anak imigran Arab Mesir raih kecemerlangan di majlis Anugerah Akademi ke-91

Penduduk tempatan tuntut tindakan lebih tegas atas imigran
Mereka berkumpul di lokasi tempat kejadian itu sambil menuntut kerajaan supaya bertindak lebih tegas serta mengawal kehadiran ramai imigran di negara itu.

Amber Rudd letak jawatan Setiausaha Dalam Negeri Britain
Jurucakap pejabat perdana menteri mengesahkan May telah menerima peletakan jawatan wanita terbabit.

Krisis kemiskinan, kelaparan, ribuan rakyat Venezuela hijrah ke Brazil
Kebanyakan daripada mereka berhijrah ke negara itu tanpa sebarang wang untuk menginap di hotel, atau membeli makanan, atau menaiki bas ke Boa Vista.

Suami-isteri didakwa memperdagang lapan remaja
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lapan pertuduhan memperdagangkan lapan remaja.

Lapan imigran Syria selamat tiba di Malaysia
Kerajaan sudah menubuhkan Pasukan Petugas diketuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa kementerian lain bagi menyelaras bantuan kemanusiaan rakyat Syria.