Menurut laporan Kementerian Kesihatan Palestin, serangan rejim Zionis itu mengorbankan 10 nyawa rakyat Palestin.
Serangan tersebut disifatkan antara terbesar yang dilihat di Tebing Barat dalam beberapa bulan ini selepas beberapa serangan kecil di lokasi tersebut.
Ini dalam usaha tentera Israel berusaha untuk menumpaskan pejuang Hamas di Palestin.
Jurucakap Pejabat Perdana Menteri Israel, David Mancer mendakwa, tiga pejuang Hamas di Jenin telah dibunuh dalam serangan udara.
Sementara itu, kereta kebal tentera Israel dilihat menghalang jalan di Jenin manakala cubaan beberapa ambulans melepasi kereta kebal di situ juga gagal.