AMMAN: Ratusan penduduk Jordan berarak di bandar Amman bagi memberi penghormatan kepada warga Jordan yang terbunuh selepas membunuh tiga orang awam Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Mangsa dilaporkan ditembak mati oleh pasukan keselamatan di sempadan Jambatan Allenby pada Ahad.

Dalam pada itu, peserta yang hadir meraikan penghormatan dengan memasang bunga api dan menghidangkan manisan.

Peserta turut menyifatkan mangsa sebagai wira yang membalas dendam terhadap kematian ribuan rakyat Palestin yang terbunuh dalam peperangan di Gaza.

Mangsa merupakan seorang pemandu lori berusia 39 tahun yang berasal dari suku Huwaitat yang berpengaruh di selatan Jordan.

Ini merupakan serangan pertama seumpamanya di sepanjang sempadan Jordan sejak konflik Israel-Hamas bermula 7 Oktober tahun lalu.

Pihak berkuasa memaklumkan serangan berlaku di kawasan kargo komersial di bawah kawalan Israel, di mana trak Jordan memasuki lokasi kargo di Tebing Barat.

Sementara itu, Jordan sedang menyiasat kejadian dan pihak berkuasa memberitahu, sempadan telah ditutup.