PERTUBUHAN Tahanan Palestin (PPS) mendedahkan, 52 daripada 98 wartawan yang ditahan sejak perang di Gaza bermula sehingga kini kekal dalam tahanan Israel.

Jumlah itu termasuk 17 wartawan dari Semenanjung Gaza, dua daripadanya telah hilang secara paksa, kata PPS.

Kedua-dua pengamal media yang dikenal pasti sebagai mangsa yang hilang secara paksa dikenali sebagai Nidal al-Wahidi dan Haytham Abdul Wahid.

Laporan PPS turut menyebut, 15 daripada 52 wartawan berada dalam tahanan pentadbiran iaitu satu bentuk pemenjaraan tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Terbaharu, wartawan yang ditempatkan dalam tahanan pentadbiran ialah wartawan foto Hazim Nasser dari bandar Tulkarem di Tebing Barat yang diduduki, jelas PPS lagi.

Pertubuhan Reporters Without Borders iaitu badan pemerhati media global berkata, tentera Israel telah membunuh lebih 130 wartawan dan pekerja media Palestin di Gaza sejak 7 Oktober 2023.

Apa yang menyediahkan, sekurang-kurangnya 30 daripada mereka terbunuh semasa menjalankan tugas mereka, kata kumpulan itu. - Al Jazeera