Sekurang-kurangnya dua maut selepas Taufan Molave membadai Vietnam pada pagi Rabu.

Menurut pihak berkuasa, 26 nelayan juga dilaporkan hilang apabila kapal mereka karam dilanda ribut yang disifatkan paling kuat tempoh 20 tahun.

Seorang mangsa maut selepas terjatun dari bumbung rumah  ditiup angin kencang 150 kilometer sejam di wilayah selatan Quang Ngai.

Sekurang-kurangnya 40,000 penduduk di kawasan pedalaman dipindahkan ke tempat perlindungan kecemasan.

Perdana Menteri, Nguyen Xuan Phuc, memerintahkan pihak berkuasa tempatan bersiap sedia memindahkan 1.3 juta penduduk di wilayah-wilayah yang berada di laluan taufan.

Dalam pada itu, pejabat, kilang dan sekolah dituutup dan orang ramai diminta untuk terus berada di dalam rumah.

Vietnam masih belum pulih dari banjir teruk dan tanah runtuh yang mengorbankan 136 orang awal bulan ini.

Sekurang-kurangnya lima lapangan terbang ditutup ketika taufan menghampiri, dengan lebih daripada 200 penerbangan dibatalkan.

Perkhidmatan kereta api juga dihentikan pada Rabu dan akan beroperasi semula apabila cuaca bertambah baik.

Molave mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang dan 120,000 orang hilang tempa tinggal di Filipina sebelum menyerang Vietnam.