HANOI: Nilai perdagangan luar Vietnam dijangka melebihi rekod AS$732 bilion yang dicatatkan pada 2022, berikutan trend peningkatan yang berterusan, lapor media tempatan pada Jumaat.

Vietnam berpotensi mencapai tahap baharu dalam perdagangan, didorong oleh eksport yang kukuh dan perkongsian ekonomi antarabangsa, lapor Xinhua.

Kementerian Industri dan Perdagangan melaporkan bahawa eksport dan import bulanan negara itu masing-masing melepasi AS$70 bilion pada Julai dan Ogos.

Jika prestasi ini dikekalkan, jumlah perdagangan bagi keseluruhan 2024 dijangka melebihi AS$790 bilion.

Namun, jika sesetengah industri tidak dapat mengekalkan prestasi mereka, angka itu mungkin berjumlah sekitar AS$785-786 bilion, menurut laporan itu.

Menurut bekas timbalan pengarah Pusat Maklumat Perindustrian dan Perdagangan kementerian, Le Quoc Phuong berkata, perdagangan luar bersama pengeluaran industri merupakan komponen utama dalam prestasi ekonomi negara sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa produk pertanian dan mineral hanya menyumbang 12 peratus daripada jumlah eksport, manakala produk industri menyumbang lebih 88 peratus.

-- BERNAMA