TOKYO: Seorang wanita berusia 116 tahun yang diiktiraf sebagai manusia tertua di Jepun meninggal dunia akibat sakit tua di Kashiwara, Wilayah Osaka pada pagi Selasa, lapor media tempatan.
Fusa Tatsumi yang dilahirkan pada 25 April 1907, baru-baru ini menghabiskan sebahagian besar waktunya di atas katil di sebuah rumah jagaan di Kashiwara, lapor Xinhua memetik Kyodo News.
Tatsumi sebelum ini merupakan manusia tertua yang masih hidup di Jepun susulan kematian seorang wanita berusia 119 tahun di Fukuoka pada April 2022, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan.
Sehingga Januari 2023, wanita tertua di dunia ialah Maria Branyas Morera dari Sepanyol yang kini berusia 116 tahun.
Dia dilahirkan pada 4 Mac 1907, menurut Guinness World Records.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
Fusa Tatsumi yang lahir pada 25 April 1907, menghabiskan sebahagian besar waktu tuanya di atas katil di sebuah rumah jagaan di Kashiwara. - Foto: Sinar Harian
AWANI Ringkas: Baiki tebing Sungai Kelantan bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
Menurut Syafinaz, komen-komen diberikan itu adalah untuk memperbaiki mutu persembahan setiap bintang yang bertanding selain memberikan input berguna kepada mereka.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Tatsumi, manusia tertua di Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Fusa Tatsumi yang lahir pada 25 April 1907, menghabiskan sebahagian besar waktu tuanya di atas katil di sebuah rumah jagaan di Kashiwara.