TAIPEI: Taiwan telah mengeluarkan Malaysia dan beberapa negara lain daripada senarai awal negara yang diumumkan layak untuk kemasukan bebas visa bermula minggu depan.
Sebelumnya, pada Isnin (5 September), satu makluman yang disiarkan Biro Hal Ehwal Konsulat Taiwan menunjukkan pengunjung dari Malaysia, Singapura dan beberapa negara lain, dibenarkan memasuki pulau berkenaan tanpa visa dan boleh menginap sehingga 30 hari.
Pengunjung Jepun dan Korea Selatan juga berada dalam senarai yang dibenarkan masuk tanpa visa ke Taiwan dan boleh menginap sehingga 90 hari.
Namun, pada Selasa, laman web biro berkenaan telah dikemas kini dengan menyatakan bahawa Taiwan akan "menggantung sementara" kemasukan bebas visa bagi pengunjung dari negara-negara seperti yang telah disebutkan.
Turut termasuk dalam senarai itu ialah Chile, Dominican Republic, Israel, Nicaragua, Thailand, Brunei, Filipina dan Rusia.
Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan, Pejabat Perwakilan Taipei di Singapura menjelaskan pada Selasa bahawa kenyataan media mengenai pelarasan langkah kawalan sempadan yang dikeluarkan pada Isnin itu telah disalah erti.
"Sebahagian media dan orang awam menyangka bahawa bermula 12 September, mereka boleh memasuki Taiwan tanpa visa.
“Selepas dikoordinasi dan komunikasi bersama Biro Hal Ehwal Konsulat, maklumat itu telah diperbetul untuk memberi pencerahan ke atas salah faham tersebut,” menurut pejabat berkenaan.
Makluman tentang syarat kemasukan ke Taiwan pada Isnin lalu itu dilihat sebagai langkah pelonggaran perjalanan antarabangsa ketika usaha mengawal penularan COVID-19 terus dijalankan.
Sebelum ini beberapa negara juga kerap melakukan perubahan syarat pada saat akhir, bergantung kepada strategi dan kesediaan pemerintah serta pihak berkuasa masing-masing dalam melaksanakan pengawalan terhadap ancaman pandemik.
Agensi
Wed Sep 07 2022

Sebelum ini beberapa negara juga kerap melakukan perubahan syarat pada saat akhir, bergantung kepada strategi dan kesediaan pemerintah serta pihak berkuasa masing-masing. - AP
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.

4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan
Menurut data terkini, sebanyak 26 individu dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital sehingga lewat pagi Selasa.

Gempa bumi di Taiwan cederakan 15 orang - Laporan
Sekurang-kurangnya 15 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan.

Taiwan pergiat usaha takai iguana pada 2025
Chiu Kuo-hao berkata, iguana hijau kini direkodkan di seluruh Taiwan selatan dan sejauh utara Taichung.

Taufan Super Kong-rey landa Taiwan, seorang maut dan 73 cedera
Taufan Super Kong-rey melanda Taiwan pada Khamis, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 73 cedera akibat kemalangan yang berpunca daripada hujan lebat dan angin kencang.

Lelaki buruan dihantar pulang ke Taiwan selepas dihalang masuk Singapura
Salvador Alejandro Llinas Onate, dihalang memasuki Singapura atas alasan dia dikehendaki oleh Interpol.

Lebih 200 penerbangan di Taiwan dibatalkan susulan Taufan Krathon
211 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan dibatalkan berikutan Taufan Krathon dijangka melanda selatan Taiwan pada Khamis.

Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan siap sedia hadapi Taufan Krathon
Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan mengenai Taufan Krathon yang dijangka melanda pantai barat daya pada Rabu.