NEW DELHI: Tahap keselamatan di negeri Punjab, India diperketatkan pada Ahad ketika polis melancarkan gerakan memburu seorang pemimpin Sikh.
Pada Sabtu polis Punjab telah menahan 78 orang dalam satu operasi besar-besaran yang dilancarkan untuk memburu ketua pertubuhan Waris Punjab De (Waris Punjab), Amritpal Singh.
Amritpal, 30, disifatkan oleh media India sebagai pendakwah radikal yang simpati terhadap usaha untuk menubuhkan negara "Khalistan" yang merdeka.
Dia melarikan diri daripada buruan polis pada Sabtu manakala ramai rakan sekutunya ditahan.
Sebanyak sembilan senjata api turut ditemukan semasa operasi itu, kata polis.
Perkhidmatan Internet mudah alih dan pemesejan teks dan semua perkhidmatan perkakasan komputer yang disediakan pada rangkaian mudah alih, kecuali panggilan suara, di Punjab akan disekat sehingga 20 Mac, menurut laporan media pada Ahad, memetik Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri.
Dalam ciapan di Twitter, polis meminta orang ramai "tidak panik atau menyebarkan berita palsu atau ucapan kebencian" dan keselamatan dan undang-undang adalah terkawal.
Amritpal menjadi tumpuan baru-baru ini susulan kenyataannya yang dilihat sebagai mempromosi radikalisme di wilayah majoriti Sikh di India.
Kumpulan Waris Punjab De ditubuhkan oleh pelakon dan aktivis Deep Sidhu yang terbunuh dalam nahas jalan raya tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023
Amritpal menjadi tumpuan baru-baru ini susulan kenyataannya yang dilihat sebagai mempromosi radikalisme di wilayah majoriti Sikh di India. - Gambar fail
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
Gelombang haba: Sekolah di Punjab, Pakistan ditutup selama 7 hari
Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari.
Bas terbakar di Pakistan, 20 maut, 15 cedera
Sebahagian daripada mangsa yang cedera melecur teruk manakala tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal.
10 maut, 6 cedera petir melanda Punjab, Pakistan
Sepuluh orang terbunuh manakala enam lagi cedera selepas petir melanda sebahagian wilayah timur Punjab di Pakistan pada Ahad.
Gas bocor di kilang di India ragut 9 nyawa
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 11 lagi mangsa mengalami kesakitan akibat gas bocor di sebuah kilang di Punjab, India pada Ahad.
Banjir di Pakistan: 57 maut, 7,683 cedera dalam tempoh 24 jam
Sekurang-kurangnya 57 orang maut, manakala 7,683 lagi cedera akibat banjir kilat di Pakistan yang dicetuskan hujan monsun dalam tempoh 24 jam lepas.
Trak rempuh bas mini, 10 penumpang terbunuh
Enam penumpang dilapor cedera, manakala beberapa lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital.
Sembilan maut letupan silinder gas di Punjab, Pakistan
Sembilan orang terbunuh dan tiga yang lain cedera apabila silinder gas van penumpang meletup di Punjab.
Tempah helikopter tabur duit ketika majlis perkahwinan
Bagi meraikan majlis perkahwinin dengan penuh gaya, empat beradik di Pakistan sewa helikopter untuk menaburkan wang kepada para tetamu.
Bekas PM Pakistan, Mir Zafarullah Khan meninggal dunia pada usia 76 tahun
Perkara itu sahkan keluarganya yang memaklumkan, Mir Zafarullah meninggal dunia pada petang Rabu.
Petani di India mogok, bantah undang-undang baharu kerajaan
Para petani bimbang dieksploitasi pemain swasta yang membeli hasil tanaman dengan harga yang murah.