Perkara itu sahkan keluarganya yang memaklumkan, Mir Zafarullah meninggal dunia pada petang Rabu.
Mir Zafarullah yang menyandang jawatan sebagai perdana menteri dari November 2002 hingga Jun 2004 itu dipindahkan ke Institut Kardiologi Angkatan Tentera & Institut Penyakit Jantung Negara (AFIC-NIHD) di Rawalpindi selepas mengalami serangan jantung minggu lalu.
Berasal dari keluarga politik yang berpengaruh, Mir Zafarullah adalah perdana menteri pertama dan satu-satunya yang datang dari wilayah yang kaya dengan minyak dan gas di Punjab.
Beliau dikebumikan pada Rabu di kota kelahirannya, Rojhan Jamali.
"Sedih mendengar pemergian Mir Zafarullah Khan Jamali. Takziah dan doa saya untuk keluarganya," tulis Perdana Menteri, Imran Khan di Twitter.