WASHINGTON: Sebuah kereta merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang merupakan sebahagian daripada konvoi pengiring Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad malam.
Kejadian berlaku ketika Biden sedang meninggalkan ibu pejabat kempen Presiden di negeri Delaware, AS lapor Xinhua memetik laporan Rumah Putih .
Menurut laporan itu, Biden bagaimanapun tidak cedera.
Menurut Rumah Putih Presiden dan isterinya Jill Biden meninggalkan ibu pejabat itu kira-kira 8 malam waktu tempatan (0100 GMT Isnin).
"Sebuah kereta sedan warna perak dengan nombor pendaftaran Delaware melanggar sebuah SUV pengiring di persimpangan pintu masuk ibu pejabat kempen.
"Berlaku dentuman kuat dan presiden Amerika Syarikat yang sedang berdiri di luar kenderaan dengan ekspresi terkejut pada wajahnya," menurut laporan itu.
Ejen keselamatan dengan segera bertindak, mengepung kereta dan menghalakan senjata ke arah pemandu yang kemudian mengangkat tangannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023

Sebuah kereta merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang merupakan sebahagian daripada konvoi pengiring Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad malam. - Foto REUTERS

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

SUV pengiring Presiden AS dirempuh kereta di Delaware
Sebuah kereta merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang merupakan sebahagian daripada konvoi pengiring Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad malam.