BEKAS ahli kumpulan K-pop BIGBANG, Seungri berkata, isu skandal seks yang mengaitkan dirinya telah menjadi di luar kawalan.

Menurutnya, kontroversi skandal seks K-Pop itu telah menjangkau kebenaran sejak dari awal lagi.

"Perkara ini terlalu jauh dari kebenaran, dari awal, saya berkata ia tidak benar dan saya mematuhi siasatan polis," katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Dalam masa sama, Seungri dengan tegas mempertahankan bahawa dia tidak terlibat dalam skandal seks yang sedang hangat diperdebatkan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Seungri, selama ini dia membenarkan namanya digunakan dalam operasi kelab malam Burning Sun selain hanya bertindak mempromosikan pusat hiburan itu.

Kata Seungri, dia menjadi mangsa keadaan hanya kerana menjadi pemegang saham dalam Burning Sun.


Dalam wawancara dengan akhbar, Chosun Ilbo pada Sabtu lalu, Seungri juga secara terbuka bercakap mengenai dakwaan yang mengaitkan namanya dalam skandal berprofil tinggi itu.

Selain itu, Seungri juga dalam wawancara itu 'memetik' nama wanita bernama Kim Lim atau lebih dikenali sebagai Kimmy dalam skandal berkenaan.

"Dalam kes ini (skandal seks) ada kaitan dengan seorang wanita dari Singapura bernama Kimmy. Dia anak perempuan pemilik kelab bola sepak terkenal. Saya mendapat banyak bantuan daripadanya, jadi saya hanya mahu melihatnya (tampil memberi kenyataan)," kata Seungri lagi.

Bagaimanapun, Kim Lim yang juga anak kepada jutawan Singapura serta pemilik kelab bola sepak Sepanyol, Valencia C.F menafikan kenyataan kontroversi itu.

Dalam reaksinya di laman Instagram peribadinya, @kimlimhl wanita itu memberikan penjelasan panjang lebar.

Kenyataan peribadi Kim Lim menerusi akaun laman sosialnya bagi menafikan kenyataan yang dibuat oleh Seungri.


Untuk rekod, Seungri dan Lim pernah dilihat bersama pada tahun 2015 menghadiri perlawanan bola sepak antara pasukan Real Madrid menentang Valencia di Sepanyol.

Menurut laporan Straits Times Singapura, ada dakwaan yang menyebut lagu "Fantastic Baby" nyanyian Big Bang yang dimainkan di stadium semasa permainan berhenti separuh masa itu juga atas permintaan intaan Kim Lim.

BACA: Artis K-Pop, Jung Joon-young didakwa rakam video seks dengan 10 wanita

BACA: Sebar video seks, Jung Joon-young ditahan polis