SINGAPURA: Ladang Solar Terapung Sembcorp Tengeh Singapura dipercayai satu daripada sistem fotovolta (PV) solar terapung terbesar dunia, dibuka secara rasmi di Tengeh Reservoir hari ini.
Mempunyai keluasan 45 hektar bersamaan 45 padang bola sepak, ladang solar PV itu mampu menjana sehingga enam juta kiloWat-jam tenaga menerusi 122,000 panel suria.
Pada 10 Februari 2020, Agensi Air Kebangsaan Singapura PUB telah melantik Sembcorp Industries untuk merangka, membina, dan mengendali projek itu.
"Melalui ladang solar terapung ini, satu lagi langkah ke hadapan PUB demi mencapai kelestarian tenaga dalam rawatan air. Sumber tenaga solar yang banyak, bersih dan hijau menjadi keutamaan PUB dan Singapura untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida," kata Ketua Eksekutif PUB, Ng Joo Hee, dalam satu kenyataan.
Tenaga elektrik dihasilkan ladang solar tersebut mencukupi bagi menggerakkan lima loji rawatan air tempatan, mengimbangi keperluan tenaga tahunan PUB sekitar 7.0 peratus dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.
Ia bersamaan dengan bekalan tenaga untuk 16,000 flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan mengurangkan pelepasan karbon sekitar 32 kiloton setiap tahun, sama seperti mengurangkan 7,000 kereta di jalan raya.
"Sembcorp Tengeh Floating Solar Farm umpama permata dalam portfolio kami. Sebagai perintis kepada sistem tenaga boleh baharu tempatan, Sembcorp mempunyai lebih 3,300 megawatt aset tenaga boleh baharu di seluruh dunia.
"Kami komited dan mempunyai rekod prestasi dan kompetensi, untuk menyokong Rancangan Hijau Singapura," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sembcorp Industries Wong Kim Yin.
Pembinaan sistem PV solar terapung itu bermula Ogos 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
Mempunyai keluasan 45 hektar bersamaan 45 padang bola sepak, ladang solar PV itu mampu menjana sehingga enam juta kiloWat-jam tenaga menerusi 122,000 panel suria. - Bernama
Kebakaran Hutan: Tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini - Wisma Putra
Kementerian Luar Malaysia melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles yang menyaksikan lebih 30,000 penduduk dipindahkan sejak Selasa.
Empat kesan tembakan dikesan di badan mangsa
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk CP M Kumar pada Rabu, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan bagi mengesan pelaku yang terlibat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini
Kementerian Luar Malaysia - melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat - sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles.
Ketua Hakim Negara yakin PM Anwar terus komited tegak prinsip kebebasan kehakiman
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yakin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan akan terus komited menegakkan prinsip kebebasan kehakiman.
Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi Facebook.
Patrick Kluivert dilantik ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia - PSSI
Kluivert, bekas bintang pasukan kebangsaan Belanda dan beberapa kelab utama Eropah menandatangani kontrak selama dua tahun bermula 2025 hingga 2027.
Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran
AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.
Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi
Ketibaannya disambut Anwar pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.
Singapura bina penjana hidrogen, mula beroperasi 2029
Unit penjana baharu itu, yang akan dibangunkan oleh PacificLight Power, mempunyai kapasiti penjanaan sekurang-kurangnya 600 megawatt.
Ekonomi Singapura berkembang 4.3 peratus pada suku keempat pada 2024 - MTI
Bagi sepanjang tahun itu, ekonomi negara itu berkembang sebanyak 4.0 peratus, mengatasi pertumbuhan 1.1 peratus pada 2023.
Singapura turun tarif elektrik, gas bermula Januari hingga Mac 2025
Isi rumah yang dibekalkan oleh SP Group bakal menyaksikan pengurangan tarif elektrik sebanyak 3.4 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.
Warga Johor tidak sabar tunggu cuti hujung minggu depan
Banyak keluarga lega apabila bakal kembali menikmati kualiti hujung minggu secara bersama.