Ringkasan AI
- Singapura akan membangunkan unit penjana "Combined Cycle Gas Turbine" baharu yang siap sedia untuk hidrogen, dengan operasi dijangka bermula pada 2029.
- Unit penjana baharu oleh PacificLight Power ini akan mempunyai kapasiti penjanaan sekurang-kurangnya 600 megawatt dan mampu beroperasi dengan sekurang-kurangnya 30 peratus hidrogen pada peringkat awal.
- Permintaan tenaga Singapura dijangka berkembang pada kadar tahunan kompaun antara 3.7 peratus hingga 5.7 peratus dalam tempoh enam tahun akan datang, mencecah antara 10.1 gigawatt hingga 11.8 gigawatt menjelang 2030.
"Dengan permintaan tenaga yang semakin meningkat, adalah penting untuk memastikan bekalan tenaga mencukupi bagi memenuhi keperluan harian," kata Ketua Pegawai Eksekutif EMA, Puah Kok Keong sambil menekankan peralihan Singapura ke arah masa depan tenaga rendah karbon.
Unit penjana baharu itu, yang akan dibangunkan oleh PacificLight Power, sebuah peruncit elektrik yang berpangkalan di Singapura, mempunyai kapasiti penjanaan sekurang-kurangnya 600 megawatt.
Terletak di Pulau Jurong, kemudahan ini akan mampu beroperasi dengan sekurang-kurangnya 30 peratus hidrogen pada peringkat awal, dengan rancangan untuk menggunakan 100 peratus hidrogen pada masa hadapan, menurut kenyataan syarikat.
Permintaan tenaga Singapura dilaporkan terus meningkat, dipacu oleh sektor-sektor yang memerlukan penggunaan elektrik intensif seperti pembuatan maju dan ekonomi digital, menurut EMA.
Permintaan sistem kuasa Singapura diunjurkan berkembang pada kadar tahunan kompaun antara 3.7 peratus hingga 5.7 peratus dalam tempoh enam tahun akan datang, mencecah antara 10.1 gigawatt hingga 11.8 gigawatt menjelang 2030.
-- BERNAMA