Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura sedang mengkaji langkah Malaysia untuk mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 (S$7.55) terhadap kenderaan asing mulai pertengahan tahun depan dan akan memberi respons 'apabila tiba masanya', lapor Channel NewsAsia (CNA).
Saluran televisyen tempatan itu memetik jurucakap kementerian berkenaan sebagai berkata: "Kami sedang mengkaji levi baharu itu dan akan membuat keputusan tentang respons kami apabila tiba masanya."
"Kami dapati, antara lain, ia tidak akan dikenakan secara seragam di semua sempadan darat Malaysia".
Respons itu dibuat susulan kepada laporan pada Ahad apabila Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dipetik sebagai berkata kenderaan asing yang memasuki Johor dari Singapura akan dikenakan VEP RM20 mulai pertengahan tahun depan.
Aziz berkata langkah itu sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai tentang pelaksanaan VEP terhadap kenderaan yang berdaftar di negara asing yang memasuki Malaysia melalui Johor.
Katanya Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan butiran terperinci mengenai pelaksanaan VEP di dua pintu masuk di Johor - Tambak Johor dan Link Kedua, sebelum ia dilaksanakan.
Bernama
Mon Dec 22 2014

Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura sedang mengkaji langkah Malaysia untuk mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebanyak RM20. - Gambar Fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Perubahan iklim: Adakah Singapura akan tenggelam?
Menurut ramalan Pusat Penyelidikan Iklim Singapura, republik tersebut bakal mengalami peningkatan paras air laut sehingga satu meter menjelang tahun 2100.

Isu pakaian gimnas: Syed Saddiq mahu tahu pendirian Terengganu
Beliau merujuk kepada maklum balas kerajaan Terengganu kepada CNA pada Sabtu bahawa negeri itu tidak akan membenarkan gimnas wanita negeri menyertai pertandingan kerana bimbang isu pakaian.

Jho Low ada 'penasihat' yang bagus - Daim
Tun Daim percaya bahawa Jho Low tidak bertindak seorang diri melakukan jenayah penyelewelengan berbilion ringgit daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gambar kumpulan Daish: Polis Indonesia bebaskan 8 lelaki diusir Singapura
Polis Indonesia pada Jumaat juga berkata bahawa memandangkan gambar-gambar tersebut diterima melalui aplikasi tersebut, ia tidak bermaksud bahawa suspek mempunyai niat untuk menyertai Daish.

1MDB: Pihak berkuasa Singapura rampas "sejumlah besar" akaun bank
Jabatan Perhubungan Komersil dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura telah merampas "sejumlah besar" akaun bank berhubung penyiasatan 1MDB, menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin.

Pengkritik Najib yang mainkan sentimen perkauman - Salleh Said
Bukan Datuk Seri Najib Tun Razak yang memainkan sentiman perkauman tetapi pengkritiknya yang berbuat demikian dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Singapura kaji langkah M'sia kenakan bayaran VEP terhadap kenderaan asing
Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura sedang mengkaji langkah Malaysia untuk mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 (S$7.55) terhadap kenderaan asing.