ROM: Sidang Kemuncak G20 yang melabuhkan tirainya pada Ahad meluluskan deklarasi mengesahkan peranan penting multilateralisme dan kerjasama antarabangsa dalam mengatasi cabaran global yang dicetuskan pandemik COVID-19.
"Deklarasi Pemimpin G20 Rom" berikrar untuk mengukuhkan tindak balas bersama terhadap pandemik itu dan merintis laluan bagi pemulihan global, dengan kebimbangan khusus terhadap golongan paling rentan, lapor Xinhua.
Pemimpin ekonomi utama dunia itu turut berikrar untuk menggunakan segala kemampuan dan alat yang ada untuk menangani kesan pandemik, mengekalkan pemulihan dan terus berwaspada terhadap cabaran global seperti gangguan rantaian bekalan.
Deklarasi itu turut menggariskan peranan penting vaksin dalam memerangi pandemik, dan pemimpin sepakat untuk memperluas usaha bagi memastikan akses kepada vaksin, terapeutik dan diagnostik yang tepat pada masanya, saksama dan universal selain selamat, berpatutan, berkualiti serta berkesan, dengan mengambil kira keperluan negara berpendapatan sederhana dan rendah.
"Kami akan mengambil langkah untuk membantu meningkatkan bekalan vaksin dan produk perubatan penting serta input di negara membangun dan menghapuskan kekangan bekalan serta pembiayaan yang berkaitan," menurut deklarasi itu.
Mengenai perubahan iklim, para pemimpin kekal komited kepada matlamat Perjanjian Paris untuk mengekalkan peningkatan suhu purata global jauh di bawah dua darjah Celsius dan meneruskan usaha untuk mengehadkannya kepada 1.5 darjah Celsius melebihi paras pra-industri.
"Sidang kemuncak ini berjaya. Bentuk kerjasama terbaik ialah kerjasama multilateralisme," kata Perdana Menteri Itali Mario Draghi pada sidang akhbar sempena penutup sidang kemuncak itu.
Negara anggota G20 menyumbang hampir dua pertiga daripada populasi dunia, lebih 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dan 75 peratus daripada perdagangan global.
Sidang kemuncak dua hari itu diadakan secara dalam dan luar talian, dipengerusikan Itali. Indonesia akan mengisi kerusi penggiliran Presiden G20 mulai Disember 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
Presiden Indonesia Joko Widodo (kiri) dan Perdana Menteri Itali Mario Draghi berbual ketika sesi bergambar pemimpin negara G-20 pada sidang kemuncak G20 di pusat persidangan La Nuvola, Rom, 30 Okt, 2021. (Foto AP)
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Disember 2024
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih
Suspek yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa, bertindak terjun pada ketinggian 10 meter dan disahkan meninggal dunia.
Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Disember 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
Harmony Kitchen Gaza salur makanan kepada 4,000 penduduk sehari
Rakyat Malaysia tidak lupa untuk terus memberi sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.
Sidang Kemuncak G20 berakhir dengan komitmen pemimpin atasi cabaran global
Deklarasi Pemimpin G20 Rom berikrar mengukuhkan tindak balas bersama terhadap COVID-19 dan merintis laluan bagi pemulihan global.