PERDANA Menteri India, Narendra Modi dan bintang popular Bollywood, Shah Rukh Khan, adalah antara orang kenamaan yang hadir memberi penghormatan terakhir pada pengebumian penyanyi legenda Lata Mangeshkar, pada Ahad.
Mereka antara lain dilihat bertafakur dan meletakkan kalungan bunga pada Istiadat Pengebumian Negara di Shivaji Park di Mumbai, pukul 6.30 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), menurut The Indian Express.
Terdapat ramai lagi orang kenamaan dan selebriti yang hadir pada upacara berkenaan termasuk pemain kriket terkenal India dan dunia, Sachin Tendulkar.
Terdahulu, pelakon veteran Bollywood Amitabh Bachchan ditemani anaknya, Shweta Bachchan, turut hadir memberi penghormatan terakhir di kediaman mendiang di Mumbai.
BACA: India berduka kehilangan 'Ratu Melodi' Lata Mangeshkar
BACA: Lata Mangeshkar dikebumi malam ini dalam Istiadat Pengebumian Negara
Sebagai tanda penghormatan kepada mendiang yang juga penerima anugerah tertinggi untuk orang awam, Bharat Ratna, kerajaan India turut mengumumkan untuk mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama dua hari.
Sepanjang tempoh itu kesemua majlis rasmi juga diarahkan dibatalkan.
BACA: Yang perlu anda tahu mengenai Lata Mangeshkar...
Seniwati tersohor Bollywood itu meninggal dunia pada usia 92 tahun di hospital di Mumbai Breach Candy selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi sejak 11 Januari lalu akibat jangkitan COVID-19.
Mangeshkar yang lahir pada tahun 1929, memulakan karier seninya pada usia lima tahun hasil latihan bapanya, Deenanth.
Setelah bapanya meninggal dunia, beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyara empat beradik dan keluarganya pada usia 13 tahun.
Mendiang juga pernah dijemput kerajaan bagi menyanyikan lagu patriotik sebagai penghormatan kepada anggota tentera yang terbunuh dalam perang Indo-China pada tahun 1962.
Mangeshkar terkenal dengan sifatnya yang sering menyanyi tanpa memakai kasut sebagai tanda hormat kepada seni nyanyi dan menulis sendiri bait lirik sebelum merakamnya.
Astro Awani
Sun Feb 06 2022

Mereka antara lain dilihat bertafakur dan meletakkan kalungan bunga pada Istiadat Pengebumian Negara di Shivaji Park di Mumbai. - Gambar/ Twitter @SRKFC_PUNE

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PM Pakistan, selebriti beri penghormatan terakhir buat Lata Mangeshkar
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, ahli politik dan selebriti memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi latar Bollywood Lata Mangeshkar.

Shah Rukh Khan, Modi antara yang hadir pengebumian Lata Mangeshkar
Mereka antara lain dilihat bertafakur dan meletakkan kalungan bunga pada Istiadat Pengebumian Negara di Shivaji Park di Mumbai, pukul 6.30 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

India berduka kehilangan 'Ratu Melodi' Lata Mangeshkar
India meratapi kematian Lata Mangeshkar yang menawan hati pencinta muzik generasi demi generasi tanpa mengira usia.

Lata Mangeshkar meninggal dunia, India berkabung dua hari, bendera dikibar separuh tiang
Penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar meninggal dunia di Mumbai hari ini, kata Perdana Menteri, Narendra Modi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lata Mangeshkar dikejarkan ke ICU selepas dijangkiti COVID-19
Penyanyi berusia 92 tahun itu pada mulanya hanya mengalami simptom ringan namun diletakkan untuk pemantauan rapi ekoran usianya.

Lagu Hindustan yang pasti menggamit memori!
Sebutkan saja tajuk-tajuk filem seperti Kuch-Kuch Hota Hai, Dilwale, Dil To Pagal Hai, Kabhi Khushi Kabhi Gham dan banyak lagi, pasti ramai yang tahu.