Ringkasan AI
- Sebuah keluarga di Bogor, Jawa Barat, Indonesia, mengalami rompakan selepas isteri pemilik rumah kerap memuat naik video di TikTok yang menunjukkan bahagian dalaman rumah mereka, mengundang perhatian penjenayah.
- Dalam kejadian pada 18 September, ketua keluarga ditemui mati di dalam kereta dengan kecederaan di kepala dan lehernya dijerut, sementara isteri, anak, dan ibu mertuanya mengalami kecederaan akibat serangan perompak.
- Pihak polis telah menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.
Lebih memilukan, perbuatan yang mengundang penjenayah itu mengorbankan ketua keluarga rumah itu, lapor Tribun News.
Polis memberitahu: “Isteri pemilik rumah berkenaan aktif berkongsi ‘content’ mengenai pembinaan rumah mewah mereka hingga siap, termasuk menunjukkan ruang dalaman.”
Kandungan video itu selalu dibuat berdasarkan maklum balas dan pertanyaan pengikut akaun media sosialnya.
Banyak daripada kandungan video tentang isi rumahnya itu juga menjadi tular kerana mendapat perhatian umum sejak Jun lalu.
Video yang dibuat lazimnya menunjukkan setiap bahagian ruangan utama di rumah itu dari ruang tamu, dapur, hingga ke bilik tidur.
Dalam kejadian rompakan yang berlaku pada awal pagi Rabu (18 September) itu, suami wanita berkenaan ditemui mati di dalam kereta dengan kesan cedera di kepala selain lehernya dijerut kain.
Wanita itu pula bersama anak, serta ibunya yang tinggal bersama di rumah berkenaan, mengalami kecederaan akibat dikasari perompak.
“Kami menangani setiap mangsa dengan cepat dan sesuai dengan standard perubatan yang ada,” ujar Heti, Pegawai Perhubungan Rumah Sakit Umum Leuwiliang, seperti yang dipetik dalam keterangan media pada 21 September.
Polis dilaporkan sudah menahan empat lelaki yang dipercayai suspek jenayah berkenaan.