NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa serangan berterusan Israel ke atas bandar Rafah di selatan Gaza boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang awam dalam skala besar dan menggesa setiap usaha yang mungkin untuk menghentikan serangan itu.
Ini susulan tindakan tentera penceroboh menjadikan bandar itu sebagai sasaran utama operasi ketenteraan mereka sejak kebelakangan ini.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) turut memberi amaran mengenai kesan buruk serangan darat di Rafah yang menempatkan kira-kira 1.5 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan berlindung di kem-kem atau bangunan yang rosak akibat dibom tentera rejim, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
"Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serangan secara melulu di kawasan berpenduduk mungkin merupakan jenayah perang," kata jurucakap OCHA, Jens Laerke dalam satu taklimat di Geneva, Switzerland.
Beliau berkata peningkatan serangan di Rafah dalam situasi itu boleh mengakibatkan kematian orang awam dalam jumlah yang besar dan semua pihak harus melakukan segala yang mungkin untuk menghalangnya.
OCHA baru-baru ini melaporkan bahawa pengeboman berterusan Israel dari udara, darat dan laut di sebahagian besar Semenanjung Gaza, mengakibatkan kematian orang awam, pengusiran dan kemusnahan infrastruktur awam.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) juga memaklumkan bahawa kira-kira 1.3 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal sedang berada di jalan-jalan di Rafah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
![Serangan ke atas Rafah boleh sebabkan kehilangan nyawa dalam skala besar - PBB Serangan ke atas Rafah boleh sebabkan kehilangan nyawa dalam skala besar - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706506205_SeranganRafah.jpg)
Tentera penceroboh menjadikan bandar Rafah sebagai sasaran utama operasi ketenteraan sejak kebelakangan ini. -Gambar fail/Reuters
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719968157_Palestinians.jpg)
Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel
Arahan pemindahan itu melibatkan kira-kira satu pertiga daripada kawasan Gaza.
![Israel hampir musnahkan Hamas sepenuhnya - Netanyahu Israel hampir musnahkan Hamas sepenuhnya - Netanyahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716419459_Netanyahu.jpg)
Israel hampir musnahkan Hamas sepenuhnya - Netanyahu
Kata Netanyahu, pihaknya kini menuju ke fasa akhir menghapuskan pejuang Hamas.
![PBB dedah kesukaran hantar bantuan ke Gaza PBB dedah kesukaran hantar bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61591916111_STEPHANEDUJARRIC.jpg)
PBB dedah kesukaran hantar bantuan ke Gaza
Menurut Stephane Dujarric, tiada lagi tempat selamat di wilayah itu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719805206_AnwarIbrahim.jpg)
Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar
Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.
![Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,877 pada hari ke-268 perang Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,877 pada hari ke-268 perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719800705_childrenpalestinian.jpg)
Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,877 pada hari ke-268 perang
Jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak 7 Oktober kini meningkat kepada 37,877 orang dengan 86,969 individu cedera.
![Netanyahu ikrar akan terus berperang hingga Hamas dihapus Netanyahu ikrar akan terus berperang hingga Hamas dihapus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715297891_BenjaminNetanyahu.jpg)
Netanyahu ikrar akan terus berperang hingga Hamas dihapus
Beliau juga menuduh Hamas sebagai satu-satunya halangan kepada pembebasan tebusan yang masih ditahan di Gaza.
![Operasi hospital di Gaza mungkin terhenti dalam 48 jam kerana kekurangan bahan api Operasi hospital di Gaza mungkin terhenti dalam 48 jam kerana kekurangan bahan api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709192333_TBkamaladwanjpg.jpg)
Operasi hospital di Gaza mungkin terhenti dalam 48 jam kerana kekurangan bahan api
Hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen di Semenanjung Gaza mungkin ditutup dalam masa 48 jam kerana kekurangan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator.
![Kebuluran paksa wanita di Gaza jual barang kemas untuk makanan Kebuluran paksa wanita di Gaza jual barang kemas untuk makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715927771_TBRAFAH.jpg)
Kebuluran paksa wanita di Gaza jual barang kemas untuk makanan
Serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza memaksa seorang wanita, Samia Ahmed membuat keputusan yang amat menyedihkan dalam hidupnya.
![Hamas, Ketua Perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza Hamas, Ketua Perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719733142_TBIsmailHaniyeh.jpg)
Hamas, Ketua Perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza
Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, membincangkan gencatan senjata di Gaza dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel menerusi panggilan telefon pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.