RAMALLAH (Palestin): Datuk Bandar Jenin, Nidal al-Obaidi, berkata beribu-ribu rakyat Palestin terpaksa meninggalkan rumah mereka di tengah-tengah operasi ketenteraan Israel yang berterusan di bandar itu.
"Tidak kurang daripada 4,000 rakyat Palestin telah dipindahkan dari rumah mereka sejak semalam," kata al-Obaidi kepada Agensi Anadolu pada Selasa.
Beliau berkata kira-kira 13,000 rakyat Palestin terperangkap di dalam rumah mereka di kem pelarian Jenin sejak Isnin, tanpa air atau makanan.
Tentera Israel melancarkan operasi ketenteraan terbesarnya di Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun pada Isnin, membunuh sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 100 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
"Situasi kemanusiaan di Jenin merupakan bencana besar. Apa yang berlaku ibarat gempa bumi. Ia mengingatkan kita kepada hari Nakbah," kata al-Obaidi.
Rakyat Palestin menggunakan istilah "Nakba" atau Malapetaka untuk mengingati pengusiran ratusan ribu rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka pada tahun 1948 selepas penubuhan Israel.
Al-Obaidi berkata bahawa Mesir sedang menjadi orang tengah untuk menghentikan serangan tentera Israel di Jenin, tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.
Tentera Israel bergerak melintasi kem pelarian Jenin dengan merosakkan rumah-rumah di kem pelarian itu.
"Berpuluh-puluh rumah dan bangunan dimusnahkan atau dirosakkan oleh tentera Israel. Kami masih tidak dapat mengira jumlah sebenar rumah yang musnah di kem itu," kata Datuk Bandar.
Hampir 190 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel sejak awal tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan. Sekurang-kurangnya 25 warga Israel juga telah terbunuh dalam serangan berasingan dalam tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Tentera Israel bergerak melintasi kem pelarian Jenin dengan merosakkan rumah-rumah di kem pelarian itu. - Gambar fail/AP/Majdi Mohammed
PM Anwar ucap takziah, turut bersolidariti bersama China
Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat China dalam menghadapi bencana tragis ini.
Tumpuan Rabu – 8 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2025.
PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera
Perdana Menteri hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua GLIC dan GLC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.
RUU Jenayah Siber akan dibentang di Parlimen pada Oktober - NACSA
NACSA dalam proses merangka Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber baharu yang dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Sesi Keempat Parlimen ke-15 pada Oktober ini.
Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
Ia sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Selasa menyangkal khabar angin mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dan menegaskan bahawa parti-parti gabungan masih kekal bersatu.
KPDN Kedah serbu premis pemborong diesel di Bukit Kayu Hitam
Serbuan dilakukan tujuh anggota penguat kuasa kira-kira 12 tengah hari selepas risikan dijalankan selama dua minggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada sekurang-kurangnya 95 orang
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
32 maut, 38 cedera gempa bumi landa Xizang
Banyak rumah dilaporkan runtuh di Kampung Tonglai yang terletak di Perbandaran Changsuo Dingri di Xigaze.
Vanuatu sambung semula operasi penerbangan selepas gempa bumi
Airports Vanuatu Limited, pemilik dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Port Vila membuat pengumuman itu pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa
Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastru
Bekalan elektrik terputus, beberapa kedutaan di Vanuatu musnah akibat gempa
Kedutaan AS mengalami kerosakan besar dan akan ditutup sehingga diberitahu kelak.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa bumi 7.3 magnitud landa Vanuatu
Gempa berlaku pada 12:47 waktu tempatan pada Selasa, dengan kedalaman 43 kilometer, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.