Tindakan pasukan keselamatan yang menyerbu sebuah hotel mewah yang ditawan sekumpulan penyerang di Bamako, Mali telah mencetuskan pertempuran hingga angka kematian kini meningkat ke 27 orang, lapor Reuters.
Kebanyakan daripada 170 tebusan di Hotel Radisson Blu itu merupakan warga asing dan seorang pegawai rasmi dari Belgium adalah antara yang terkorban.
Kira-kira selepas sembilan jam drama serangan itu berlaku, Menteri Keselamatan Mali berkata tiada lagi tebusan yang terperangkap di dalam bangunan hotel itu.
Sebelum itu, puluhan tebusan yang masih hidup telah dibebaskan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.
Dalam kejadian yang berlaku pagi jumaat itu, serangan dilakukan oleh 10 lelaki bersenjata yang dipercayai anggota militan menawan 140 tetamu hotel dan 30 pekerjanya.
BBC melaporkan kumpulan penyerang masuk ke kawasan hotel menggunakan kenderaan diplomatik, sebelum melepaskan tembakan rambang.
Hotel tersebut merupakan salah satu hotel terbesar di Mali yang dimiliki kumpulan Rezidor dari Amerika Syarikat.
Sehingga kini, identiti penyerang masih belum dikenal pasti.
Agensi berita Xinhua mendakwa sekurang-kurangnya tujuh warga China berada dalam kumpulan tawanan tersebut manakala syarikat penerbangan Turkish Airlines menyatakan bahawa enam pekerjanya terperangkap dalam serangan berkenaan.
Serangan tersebut dilihat sebagai insiden susulan drama tebusan di sebuah hotel di Sevare Ogos lalu yang menyebabkan 13 termasuk lima pekerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) terkorban.
Mali yang merupakan bekas tanah jajahan Perancis, menyaksikan campur tangan negara Eropah dalam mengekang kemaraan kumpulan rangkaian Al-Qaeda di negara berkenaan.
Agensi
Fri Nov 20 2015
![Serangan hotel di Mali: Lebih 20 maut, jumlah baki tebusan berjaya dibebaskan Serangan hotel di Mali: Lebih 20 maut, jumlah baki tebusan berjaya dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71448018902_MaliAttack.jpg)
Beberapa orang awam mula mencari tempat selamat selepas hotel itu dikepung pihak berkuasa. - Foto AP/Harouna Traore
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718935128_lelakibunuhisteri.jpg)
Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.
![Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718312958_VeerapanSuperamania.jpg)
Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam
Pemeriksaan mendapati hanya 11 hotel membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam berkenaan.
![Wanita mengaku salah menyundal Wanita mengaku salah menyundal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715326357_wanita.jpg)
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
![Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705564728_HandcuffGari.jpg)
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
![TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710476867_TBKAPALPERSIARAN.jpg)
TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.
![Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705919439_bunuhpemanduehail.jpg)
Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh
Pengurus hotel mengesahkan bahawa Nurman mendaftar masuk ke premis itu berdasarkan salinan cetak borang pendaftaran pas dan invois.
![Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705640569_TBDuaberadikhila.jpg)
Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual
Hamid Khan Samoon, 43, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.
![Dua wanita sesak nafas, terperangkap dalam lif hotel Dua wanita sesak nafas, terperangkap dalam lif hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700906747_TBLIFPERANGKAP.jpg)
Dua wanita sesak nafas, terperangkap dalam lif hotel
Dua wanita mengalami sesak nafas selepas terperangkap dalam lif sebuah hotel di Banda Hilir di sini selama 20 minit pada Sabtu.
![Polis kesan waris lelaki maut jatuh bangunan hotel tingkat 13 Polis kesan waris lelaki maut jatuh bangunan hotel tingkat 13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696195564_TBterjunhotel.jpg)
Polis kesan waris lelaki maut jatuh bangunan hotel tingkat 13
Katanya, pasukan siasatan menemukan beg duit berwarna coklat di dalam poket seluar mangsa di lokasi kejadian.
![Belanjawan 2024: Nilai ambang SST perlu dinaikkan - Pemain industri perhotelan Belanjawan 2024: Nilai ambang SST perlu dinaikkan - Pemain industri perhotelan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696136369_TBMarriot.jpg)
Belanjawan 2024: Nilai ambang SST perlu dinaikkan - Pemain industri perhotelan
Ia perlu bagi memastikan kelangsungan pengusaha hotel bajet yang terjejas akibat persaingan pihak tidak berlesen.