ANDALUSIA: Kekurangan taburan hujan dan peningkatan suhu yang tinggi mengakibatkan empangan air di Andalusia, Sepanyol kering dan mulai kosong.
Ia sekaligus membawa negara itu kepada krisis bekalan air yang menyukarkan penduduk di beberapa kawasan mendapat bekalan sumber air yang mencukupi.
Penduduk di bandar dan kampung-kampung di Cordoba kini bergantung kepada penghantaran air harian untuk mendapatkan bekalan air minuman.
Empangan Sierra Boyera yang terjejas merupakan sumber air bagi lebih daripada 72,000 penduduk di wilayah Córdoba dan kini hampir kehabisan bekalan.
Menurut laman web rasmi hidrografi tempatan, tahap air dalam empangan itu kini hanya pada 0.09 peratus.
Sepanyol mencatatkan suhu paling panas dan kering dalam sejarah pada bulan lepas, dan hampir 30 peratus negara itu kini mengalami darurat, susulan kemarau melampau.
Empangan ini menyediakan bekalan air kepada 27 pihak berkuasa tempatan dan 16 bandar dan kampung.
Namun, kini sejumlah 72,000 penduduk, di bahagian utara wilayah itu, tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi.
Dalam pada itu, Ketua Menteri, Silvia Mellado, menyatakan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan lain untuk menyediakan air kepada lebih daripada 72,000 penduduk di dua wilayah yang terjejas.
Astro Awani
Wed May 24 2023

Penduduk di bandar dan kampung-kampung di Cordoba kini bergantung kepada penghantaran air harian untuk mendapatkan bekalan air minuman. - Foto AP

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.

Malaysia hulur bantuan kepada Namibia yang dilanda kemarau
Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya menyerahkan sumbangan negara kepada Perdana Menteri Namibia, Saara Kuugongelwa Amadhila pada Isnin.

Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad
Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

MB Kedah tolak dakwaan penyusutan air empangan disebabkan pembalakan
Kemarau panjang menjadi penyebab kepada penyusutan air berkenaan selain penyaluran air serentak untuk kegunaan pertanian, domestik dan industri.

Pengurangan isipadu kolam Taman Tasik Taiping hampiri 70 peratus
Paras air sungai yang menjadi antara sumber air juga didapati menurun dan memberi kesan kepada tahap air di dalam tasik atau kolam di taman itu.

Paras air Empangan Muda susut akibat kemarau, pelepasan air untuk pertanian
Tinjauan di kawasan tasik itu mendapati bot-bot milik nelayan darat terpaksa diikat jauh dari tempat asal yang kini sudah menjadi daratan.

Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.

Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.

Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.

Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.