Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang remaja yang ditembak tentera Israel dalam pertempuran di sempadan Gaza maut akibat kecederaan semalam.

Jamal Afana, 15 tahun, ditembak di bahagian kepala, ketika pertempuran di sepanjang sempadan Israel berhampiran Rafah, selatan Gaza, kelmarin, kata kementerian yang dikuasai Hamas.

Setakat ini, jumlah penduduk Palestin terkorban meningkat kepada 54 orang, sejak tunjuk perasaan di sepanjang sempadan Israel bermula pada 30 Mac lalu.

Namun, tiada warga Israel cedera.