Ringkasan AI
- Polis Jerman sedang menyiasat letupan di Cologne yang berlaku awal pagi Isnin.
- Seorang awam cedera ringan dan dibawa ke hospital.
- Letupan menyebabkan kerosakan harta komersial di Hohenzollernring.
Memetik laporan Reuters, jurucakap polis memaklumkan setakat ini tiada petunjuk mengenai motif serangan pengganas susulan insiden berkenaan.
Jurucakap itu menambah bahawa seorang orang awam mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital terdekat.
Letupan itu juga, katanya, telah mengakibatkan kerosakan bangunan komersial di jalan raya Hohenzollernring.
Dia bagaimanapun enggan mengesahkan kaitan dengan siri letupan di negeri North-Rhine Westphalia dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang.
Namun, menurutnya, semua kemungkinan sedang disiasat.