BEBERAPA posting Facebook yang mendakwa bahawa influenza atau novel koronavirus boleh dicegah dengan meminum air suam telah dikongsikan ratusan kali.
Banyak posting yang memperkenalkan maklumat tersebut sebagai “buletin kesihatan” dari pihak berkuasa di Malaysia atau Singapura. Tetapi, pihak berkuasa tidak pernah mengeluarkan nasihat itu.
Dakwaan dalam bahasa Malaysia bahawa influenza boleh dicegah dengan meminum air suam dimuat naikkan di Facebook di sini pada 13 Januari 2020 dan telah dikongsikan hampir 400 kali.
Di bawah merupakan tangkapan skrin contoh salah satu posting Facebook yang mengelirukan:
Sebahagian daripada posting Facebook menyatakan:
“‘Sila Share’
Info INFLUENZA....
“*Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa influenza kali ini adalah serius. Kaedah pencegahan adalah dengan mengekalkan kerongkong anda dalam keadaan lembap, jangan biarkan kerongkong anda kering. Oleh itu, jangan biarkan anda dahaga kerana sekali membran di kerongkong anda kering, virus akan menyerang tubuh anda dalam masa 10 minit. Minum 50-80cc air suam, 30-50cc untuk kanak-kanak, mengikut umur. Setiap kali anda merasakan tekak anda kering, jangan tunggu, teruskan minum air.”
Beberapa posting lain juga telah dikongsikan di Facebook di Malaysia dengan dakwaan serupa, seperti di sini dan sini.
Terdapat juga posting yang muncul dalam bahasa Inggeris di Singapura di sini, sini, dan sini dengan dakwaan serupa.
Ada juga posting dengan dakwaan air suam boleh mencegah novel koronavirus dari China, seperti di sini di Singapura.
Terdapat penularan wabak influenza di Malaysia dan Singapura pada akhir tahun 2019 sehingga awal tahun 2020 seperti yang dilaporkan Bernama, agensi berita Malaysia, pada 17 Januari 2020 dan The Straits Times, suratkhabar Singapura, pada 10 Januari 2020.
Novel koronavirus, yang dipercayai muncul dari sebuah pasar hidupan liar di Wuhan, China, pada lewat 2019, telah merebak ke lebih daripada 20 negara lain, termasuk Malaysia. Ia meragut lebih daripada 900 nyawa di tanah besar China serta dua lagi di Filipina dan Hong Kong, menurut laporan AFP pada 10 Februari 2020 ini.
Walaupun meminum air adalah rata-rata dianggap sebagai sesuatu yang baik untuk kesihatan, AFP tidak menjumpai bukti bahawa pihak berkuasa telah mengesyorkannya sebagai pencegahan terhadap influenza mahupun novel koronavirus.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata di dalam satu kenyataan di sini pada 13 Januari 2020 bahawa ia “tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan informasi ini kurang tepat”.
Tambahnya lagi, KKM memohon agar “orang ramai tidak berkongsi mesej tersebut”.
KKM juga menasihati orang ramai dari mempercayai sebarang maklumat kesihatan melalui WhatsApp di sini pada 24 Januari 2020. Dalam posting tersebut, KKM menyatakan: “Sebarang kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan di FB Kementerian Kesihatan Malaysia, Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Twitter KKMPutraja sahaja.”
AFP mendapati bahawa Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) juga mengeluarkan penafian terhadap posting Facebook yang mengelirukan pada 10 Januari 2020 di sini di Facebook.
Diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia, perenggan pertama posting itu menyatakan: “Sebuah mesej mengenai influenza sedang beredar di WhatsApp. Kami ingin menjelaskan bahawa mesej itu bukan dari MOH. Influenza atau flu berjangkit terutamanya melalui titisan dari orang yang sakit yang batuk dan bersin. Dengan mengekalkan kelembapan tekak anda tidak akan menghalang influenza.”
Nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengurangkan risiko jangkitan bagi novel koronavirus termasuklah selalu mencuci tangan, batuk dan bersin ke dalam tisu, dan elakkan dari bergaul dengan sesiapa yang mempunyai demam dan batuk.
AFP
Tue Feb 11 2020
Banyak posting yang memperkenalkan maklumat tersebut sebagai -buletin kesihatan- dari pihak berkuasa di Malaysia atau Singapura. Tetapi, pihak berkuasa tidak pernah mengeluarkan nasihat itu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek