Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-73 di New York pada 28 September sekitar 11 pagi waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Semasa perhimpunan agung itu, Dr Mahathir akan disertai Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Pertahanan Mohamad Sabu; Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Kali terakhir beliau berucap di pentas badan dunia itu adalah pada 15 tahun lalu.

Ucapan Dr Mahathir akan disiarkan secara langsung di saluran 501 Astro Awani dan www.astroawani.com/live-tv.