Sebanyak 44 serangan termasuk menggunakan bom buatan sendiri, sabotaj dan kebakaran disengajakan dilakukan puak pemisah di selatan Thailand sejak awal hari ini.
Sesetengah pihak mengaitkan kejadian itu dengan penangkapan tujuh anggota gerakan Pembebasan Patani (BRN) serta empat lagi yang mati dalam pertempuran dengan pihak keselamatan Thai pada 5 Oktober lepas, tetapi dinafikan pihak tentera.
Dalam kejadian 5 Okt, empat anggota BRN yang terkorban di sebuah rumah di Kg Senek, Mukim Riang, daerah Rusak itu termasuk ketua mereka yang dikehendaki pihak berkuasa.
Dalam kejadian itu dua anggota polis turut terkorban.
Jurucakap Tentera Bahagian ke-4, Kol Promot Prom-in, dalam satu sidang akhbar berkata 11 kejadian serangan berlaku di Yala, 15 di Pattani, 15 di Narathiwat dan tiga lagi daerah Sabayoi dan Nathawi dalam wilayah Songkhla.
"Serangan puak pemisah kali ini bertujuan untuk memusnahkan ekonomi tempatan yang makin pulih serta menimbulkan suasana huru hara. Perbuatan seperti ini adalah perbuatan puak melampau yang bertujuan untuk kepentingan kumpulan mereka sahaja dengan menimbulkan kesusahan dan mengacau keamanan dan kebahagiaan rakyat, kata beliau.
Sementara itu, Komander Tentera Bahagian ke-4 Mej Jen Sakol Sheuntrakoon ketika bertemu pemberita di Kem Sirinthon, Yarang Pattani, pagi tadi berkata beliau kesal dengan kejadian itu dan pihak tentera akan bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang demi menjaga keadilan.
Ketua Polis Wilayah Pattani Mej Pol. Pho Suai-Suwan berkata dalam kejadian di Pattani, seorang guru sekolah Charak Kerian, Waena Manor, 55, mati terkena peluru sesat semasa berada di dalam rumah apabila markas renjer di Kampung Charak Kerian, Mukim Tabing, Saiburi diserang dengan beberapa renjer cedera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pattani Kol.Pol. Dir Jutthanon berkata sebuah kapal nelayan di kawasan Sungai Pattani, Daerah Muang Pattani diletupkan pukul 2.30 pagi diikuti letupan bom secara serentak tiga jam kemudian di lima buah mesin juruwang automatik (ATM) di bandar Pattani menyebabkan lima orang awam cedera.
Di YALA, 11 mesin ATM di tiga daerah menjadi sasaran serangan bom iaitu enam di pekan Yala, empat di daerah Yaha dan satu di daerah Bannang Setar, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Di NARATHIWAT, kejadian serangan bermula sekitar 3 pagi waktu tempatan dengan pembakaran dua wakaf awam di tepi jalan raya Asia 18 Pattani-Narathiwat di kawasan daerah Jeringa. Sebuah kereta bomba, sebuah bangunan Klinik Mukim Lubuk Sawa, daerah Bachok, dan sebuah ambulans turut dibakar.
Ketua Polis daerah Muang Narathiwat Kol. Pol. Somporn Misuk berkata lima mesin ATM di pekan Narathiwat diletupkan dengan bom buatan sendiri pada pukul 5 pagi waktu tempatan.
Pada 8.35 pagi, sebuah kereta perisai yang dinaiki pasukan khas renjer dalam satu operasi mengepung kawasan di Chok Irong dibom mengakibatkan dua renjer maut dan tiga yang lain cedera, kata Ketua polis daerah Chok Irong Kol. Pol. Suchat Saeed.
Bernama
Wed Oct 09 2013


Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.

Penyanyi wanita sohor Kelantan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat
Difahamkan perbicaraan kes terbabit dijangka bermula jam 1 petang waktu Thailand.

PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas.

Banjir di selatan Thailand: Dua terkorban, ribuan terjejas berpindah
Banjir di wilayah selatan Thailand dilaporkan telah mengakibatkan kehilangan dua nyawa penduduk tempatan pada Khamis.

Muzium Al-Quran Melayu Raya simpan khazanah warisan Melayu, al-Quran
Al-Quran lama dan artifak berusia 1,000 tahun dipamerkan di Muzium Al-Quran Melayu Raya di Madrasah al-Ahmadiah al-Islamiah di Narathiwat.

PM Anwar tiba di CIQ Sungai Golok, Narathiwat untuk lawatan kerja
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks CIQ Sungai Golok di Narathiwat, bagi mengadakan lawatan kerja hari ini.

Thailand: Dekri darurat di selatan Thailand dilanjutkan
Thailand melanjutkan dekri darurat ke atas tiga wilayah sempadan selatan - Narathiwat, Pattani, dan Yala - selama tiga bulan lagi bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.

Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.