BANGKOK: Thailand melanjutkan dekri darurat ke atas tiga wilayah sempadan selatan - Narathiwat, Pattani, dan Yala - selama tiga bulan lagi bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.
Jurucakap Kerajaan Chai Wacharonke berkata mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Srettha Thavisin di sini pada Selasa telah meluluskan lanjutan dekri darurat itu.
"Lanjutan pengisytiharan darurat dari 20 Julai hingga 19 Oktober tahun ini menandakan lanjutan kali ke-77 sejak 2005," katanya kepada pemberita.
Dekri darurat yang diumumkan pada 2005 adalah alat yang membolehkan pegawai negeri menangani situasi di selatan dengan lebih berkesan.
Ia bertujuan untuk meneruskan usaha menangani keganasan di tiga wilayah sempadan selatan dan memastikan keselamatan awam, serta melindungi nyawa dan harta benda rakyat.
Chai berkata pengisytiharan darurat di tiga wilayah sempadan selatan mempunyai pengecualian untuk 15 daerah. Daerah-daerah ini termasuk Yi-ngo, Sungai Kolok, Waeng, dan Sukhirin di Wilayah Narathiwat; Yaring, Panare, Mayo, Mai Kaen, Thung Yang Daeng, Khok Pho, dan Mae Lan di Wilayah Pattani; dan Betong, Raman, Kabang, dan Krong Pinang di Wilayah Yala.
Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara juga melaporkan bahawa Wilayah Tentera Keempat telah merumuskan hasil operasi untuk pertimbangan lanjutan kali ke-77 pengisytiharan darurat tersebut.
Laporan itu termasuk bahawa keganasan telah menurun berbanding tempoh sebelumnya dan penilaian menunjukkan majoriti rakyat tidak mahu dekri darurat ditarik balik.
"Lanjutan ini bertujuan untuk memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat serta mengekalkan kesinambungan operasi," katanya sambil menambah bahawa terdapat 10 insiden keganasan di wilayah sempadan selatan yang direkodkan dari 20 April hingga 13 Jun tahun ini.
--BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Thailand melanjutkan dekri darurat ke atas tiga wilayah sempadan selatan - Narathiwat, Pattani, dan Yala - selama tiga bulan lagi bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat. - Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Thailand: Dekri darurat di selatan Thailand dilanjutkan
Thailand melanjutkan dekri darurat ke atas tiga wilayah sempadan selatan - Narathiwat, Pattani, dan Yala - selama tiga bulan lagi bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.