SHAH ALAM: Hayat Yolu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Istanbul, Turkiye, menganggarkan sekurang-kurangnya AS$20 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza selepas perang.
Ketua Perkongsian di Hayat Yolu Ahmed Shaltoot berkata anggaran itu mengambil kira keutamaan intervensi jangka pendek, sederhana dan panjang, termasuk membina semula rumah dan sekolah, memulihkan semula sektor kesihatan, melaksanakan projek penyulingan air masin serta tenaga suria selain bantuan kepada anak yatim.
Hayat Yolu bekerjasama dengan rakan kongsi dari 13 negara untuk menangani cabaran pembinaan semula Gaza.
"Kita mesti mengatur dan merancang secara sistematik kerana pembinaan tidak mungkin boleh dimulakan di tengah-tengah konflik yang berterusan ini. Insya-Allah, apabila konflik berakhir, kita akan mempunyai kedudukan yang kukuh untuk menyokong usaha pembinaan semula Gaza," menurut Ahmed kepada Bernama pada majlis di Shah Alam pada Ahad.
Ahmed adalah antara penceramah pada International Postwar Gaza Rebuilding Planning Session, anjuran bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Hayat Yolu. Lebih 200 delegasi dari 23 negara mengambil bahagian dalam acara ini untuk menyusun strategi hala tuju pembinaan semula di Gaza.
Sementara itu, Pertubuhan Kebudayaan Palestin-Malaysia (PCOM) melaporkan bahawa setakat 4 Feb, selepas 121 hari peperangan, jumlah korban dan kemusnahan yang dahsyat direkodkan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk 27,737 orang terkorban, 71,021 cedera dan lebih 8,000 individu hilang atau tertimbus di bawah runtuhan.
Penyelaras Media dan Hal Ehwal Politik PCOM Muath Omar berkata skala kemusnahan itu tidak pernah berlaku sebelum ini dengan lebih 360,000 rumah, 386 kemudahan pendidikan dan 221 tempat ibadat rosak.
Beliau berkata sekurang-kurangnya AS$50 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza.
Walaupun pencerobohan Israel, Muath berkata gerakan penentang Palestin mempunyai daya tahan yang tinggi.
Menurutnya, selepas lima bulan konflik, tentera pendudukan Israel gagal mematahkan penentang atau menguasai sepenuhnya Gaza. Sebaliknya, penentang berjaya memusnahkan banyak kenderaan tentera, termasuk kereta kebal, kapal pengangkut tentera, jentolak dan jip.
Muath juga menyebut mengenai percanggahan antara angka rasmi dan yang diumumkan membabitkan jumlah korban dalam kalangan rakyat Israel, sekali gus menunjukkan daya tahan dan keberkesanan penentangan Palestin di seluruh Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024

Hayat Yolu bekerjasama dengan rakan kongsi dari 13 negara untuk menangani cabaran pembinaan semula Gaza. - Gambar fail/Reuters

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Sekurang-kurangnya AS$20 bilion diperlukan untuk bangunkan semula Gaza - Hayat Yolu
Hayat Yolu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan menganggarkan sekurang-kurangnya AS$20 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza selepas perang.