Rakyat dari tujuh negara majoriti Islam yang kini disekat secara sementara dari memasuki Amerika Syarikat (AS) atas arahan eksekutif Presiden Donald Trump mungkin akan terus disekat untuk satu tempoh yang lebih panjang, sementara mungkin ada negara-negara lain yang turut dimasukkan dalam senarai itu.
Kenyataan itu dikeluarkan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri John Kelly pada Selasa, lapor Reuters.
Di bawah arahan eksekutif yang dikeluarkan Jumaat lalu, mereka yang datang dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman tidak boleh memasuki AS selama sekurang-kurangnya 90 hari.
Pada masa yang sama, Kelly dan beberapa pihak lagi sedang menilai sama ada terdapat maklumat yang cukup untuk menyaring mereka.
“Beberapa negara yang sudah berada dalam senarai itu mungkin akan terus disekat, terutamanya jika negara-negara itu dalam keadaan bergolak,” ujar Kelly dalam sidang media.
Tambah Kelly, negara-negara lain mungkin akan ditambah dalam senarai jika dikenal pasti ‘menjadi sebab prosedur keselamatan diperketatkan’ sebagai langkah berjaga-jaga.
BACA: Apa yang anda perlu tahu berhubung 'sekatan imigresen Trump'
Banyak tuntutan saman telah dibuat ke atas arahan eksekutif Trump itu, yang turut menerima kritikan daripada kelompok Republikan, Demokrat, organisasi hak asasi manusia dan beberapa sekutu Barat.
“Jelas sekali apa yang berlaku pada Jumaat lalu, tidak dilaksanakan mengikut cara yang betul. Terdapat banyak isu di sini yang dibuat tanpa berfikir panjang,” ulas Senator Republikan Bob Corker.
Menjawab soalan mengenai hal itu, Kelly berkata, warga dari tujuh negara yang disasarkan tersebut memiliki dua kerakyatan, mereka dibenarkan memasuki AS menggunakan pasport dari negara yang tidak dihalang, namun status mengenainya belum muktamad.
Arahan eksekutif juga mengekang penempatan pelarian selama 120 hari, namun pentadbiran White House membenarkan pelepasan kepada 872 orang dalam ‘transit’ yang akan tiba minggu ini.
Sejak arahan itu dikeluarkan, 721 orang yang memegang visa dari tujuh negara tersebut telah dihalang daripada menaiki pesawat menuju AS. Imigresen AS juga telah memproses 1,060 kemasukan yang dibenarkan, iaitu kepada pemastautin tetap seperti yang memiliki kad hijau.
BACA: 15 penumpang negara Islam dilarang naiki pesawat Air France ke Amerika Syarikat
Agensi
Wed Feb 01 2017

Trump menandatangani arahan eksekutif tentang sekatan imigresen tujuh negara majoriti Islam pada Jumaat lalu. - Foto Reuters
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.