SEOUL: Samsung Electronics Co pada Isnin melantik seorang eksekutif wanitanya ke jawatan presiden pemasaran global bagi perniagaan mudah alih, langkah pertama dalam memanfaatkan bakat golongan itu dalam jawatan tertinggi, lapor Yonhap.
Lee Young-hee dilantik sebagai Presiden Pusat Pemasaran Global bahagian Device eXperience (DX) Samsung.
Pelantikan itu menjadikan beliau wanita pertama yang bukan dalam kalangan ahli keluarga pengasas, menyandang jawatan presiden di Samsung, konglomerat terbesar Korea Selatan.
Lee Boo-jin, anak perempuan pertama mendiang Pengerusi Samsung Electronics Lee Kun-hee, kini berkhidmat sebagai presiden dan ketua eksekutif Hotel Shilla, sebuah syarikat gabungan Samsung.
Lee Young-hee menyertai gergasi teknologi itu pada 2007 dan dinaikkan pangkat sebagai naib presiden pada 2012. Beliau yang sebelum itu berkhidmat di L'Oreal, adalah eksekutif yang berjaya mempromosi imej dan jenama telefon mudah alih Samsung Galaxy.
Samsung menjangkakan pelantikan itu akan mendorong pekerja wanita lain yang berbakat untuk mencabar diri dan meningkatkan kerjaya mereka.
Beliau adalah antara tujuh presiden baharu dalam rombakan korporat berskala kecil yang dijalankan buat pertama kali sejak ketua de facto kumpulan itu Lee Jae-yong dinaikkan pangkat sebagai pengerusi eksekutif syarikat pada Oktober.
Samsung tidak melantik ketua baharu untuk unit perkakas rumahnya sejak Lee Jae-seung meletak jawatan pada Oktober atas "sebab peribadi".
Naib pengerusi dan CEO bersama di Samsung Han Jong-hee akan terus memikul tugas tambahan itu, menurut Samsung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022
Lee Young-hee dilantik sebagai Presiden Pusat Pemasaran Global bahagian Device eXperience (DX) Samsung. - Gambar fail/Bernama
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Conner Han lulusan IB Nexus diterima ke Oxford
Lulusan International Baccalaureate (IB), Conner Han dari Nexus International School Malaysia diterima masuk ke Universiti Oxford untuk meneruskan pengajian dalam bidang Kimia.
Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan melawat Amerika Syarikat (AS) pada Isnin untuk menghadiri sidang kemuncak NATO di Washington.
Gyeongju, Korea Selatan dipilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2025
Jawatankuasa Persediaan untuk Sidang Kemuncak APEC memilih Gyeongju sebagai lokasi untuk sidang kemuncak yang dijadualkan pada November.
4 pengeluar kereta di Korea Selatan panggil balik 457,000 kenderaan
Empat pengeluar kereta tempatan dan asing di Korea Selatan akan memanggil semula 457,000 kenderaan kerana kecacatan pengeluaran.
1 maut, 21 'hilang' dalam kebakaran kilang bateri di Korea Selatan
Seorang maut, sementara 21 orang hilang dalam kebakaran sebuah kilang bateri litium di Seoul.
'Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin
Kata Putin, Moscow akan bertindak balas terhadap perkara itu dengan cara yang lebih besar terhadap Seoul.
Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba
Agensi cuaca Korea Selatan pada Rabu mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara.
Trio compound panah emas di Korea Selatan
Skuad memanah lelaki negara mengejutkan pasukan tuan rumah untuk merangkul pingat emas pada aksi final compound berpasukan lelaki Piala Asia 2024.
Kelayakan Piala Dunia: Son Heung-min santai ledak dua gol ke atas Singapura
Son Heung-min muncul wira Korea apabila menghancurkan Singapura dengan keputusan akhir 7-0 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
Pelancong Korea kini boleh imbas QR DuitNow untuk pembayaran di Malaysia
Usahasama antara BC Card dan PayNet ini sekali gus akan merancakkan lagi kaedah pembayaran kedua negara tanpa memerlukan pertukaran mata wang.