Penduduk Beijing meraikan kedatangan Tahun Kuda dengan harapan mengecapi kemewahan segenap aspek kehidupan.

Ribuan masyarakat China membuka lembaran tahun baru berhimpun di tokong-tokong.

Pengisian kerohanian menjadi keutamaan ketika melangkah ke Tahun Kuda.

Seperti kehendak universal manusia, penduduk Beijing juga berharap kestabilan dan kemakmuran terus dinikmati.

Mengikut kepercayaan cina, Tahun Kuda dianggap tahun yang kondusif untuk mencipta kejayaan.

Pentadbiran Beijing mengumumkan cuti selama seminggu untuk meraikan tahun baru.

Ia dirai selama dua minggu dan diakhiri dengan sambutan Chap Goh Meh.


Sementara itu, Korea Utara turut sama memeriahkan sambutan tahun baru.

Selain pusat ibadat, penduduk Pyongyang meraikan sambutan tahun baru di hadapan patung besar Kim Il Sung.

Ia merupakan sebagai daripada rutin rakyat Korea Utara untuk menyatakan kesetiaan kepada pemerintah.

Mereka berharap kedatangan tahun baru ini menjadikan negara komunis itu lebih makmur disebalik tekanan antarabangsa yang dihadapi selama ini.