PRESIDEN Vladimir Putin memaklumkan, Rusia akan menempatkan senjata nuklear taktikal di negara jiran Belarus.
Perkembangan berkenaan menandakan kali pertama sejak pertengahan 1990-an Moscow akan menempatkan senjata seumpama itu di luar negara.
Putin membuat pengumuman itu ketika mana ketegangan yang semakin meningkat dengan barat berhubung perang Ukraine.
Malah ia menysusul ketika beberapa pengulas serta pemerhati Rusia membuat spekulasi mengenai kemungkinan serangan nuklear.
Antara lain, senjata nuklear 'taktikal' merujuk kepada senjata nuklear yang digunakan untuk keuntungan tertentu di medan perang dan bukannya senjata yang mempunyai kapasiti untuk menghapuskan bandar.
Tidak jelas berapa banyak senjata sedemikian yang dimiliki Rusia, yang secara tradisinya mengekalkan kerahsiaan sejak Perang Dingin.
Belarus mempunyai sempadan dengan tiga anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) iaitu Poland, Lithuania dan Latvia.
Putin memberitahu bahawa Presiden Belarus Alexander Lukashenko telah lama membangkitkan isu penempatan senjata nuklear taktikal di negaranya.
Tambahnya lagi, tiada yang luar biasa kerana Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa dekad telah melakukannya di mana senjata nuklear taktikal diletakkan di wilayah negara sekutu mereka.
Putin bagaimanapun tidak menyatakan bila senjata itu akan dipindahkan ke Belarus.
Rusia akan menyelesaikan pembinaan kemudahan penyimpanan senjata nuklear taktikal di Belarus menjelang 1 Julai.
Kata Putin, Rusia telah menempatkan 10 pesawat di Belarus yang mampu membawa senjata nuklear taktikal dan Moscow telahpun memindahkan ke Belarus beberapa Sistem Peluru Berpandu Taktikal Iskander yang boleh melancarkan senjata nuklear.
Apabila Kesatuan Soviet runtuh pada tahun 1991, senjata nuklear telah digunakan di empat negara yang baru merdeka iaitu Rusia, Ukraine, Belarus dan Kazakhstan.
Pada Mei 1992, empat negara bersetuju semua senjata harus berpangkalan di Rusia dan pemindahan kepala peledak dari Ukraine, Belarus dan Kazakhstan telah selesai pada tahun 1996.
Astro Awani
Sun Mar 26 2023
Presiden Vladimir Putin ketika bertemu Presiden Belarus Alexander Lukashenko di Moscow. - Foto fail/REUTERS
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Tiada bukti Iran sedang bina senjata nuklear - Ketua IAEA
IAEA menegaskan bahawa pemeriksa antarabangsa tidak menemukan sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa Iran sedang membina senjata nuklear.
Guterres seru penghapusan senjata nuklear secara keseluruhan di Perhimpunan PBB
Antonio Guterres beri amaran mengenai ketegangan global yang semakin meningkat serta percambahan semula senjata nuklear.
UNSC akan adakan mesyuarat bincang isu Korea Utara minggu ini
Mesyuarat tertutup pada 10 pagi Khamis itu antara lain akan turut berbincang mengenai perjanjian pengawalan senjata nuklear.
Turki pastikan isu senjata nuklear Israel dalam agenda global
Recep Tayyip Erdogan turut membidas sokongan Eropah untuk Israel dengan mengambarkannya sebagai "keaiban holocaust."
Pakatan Korea Selatan-AS perangi rejim Korea Utara sekiranya senjata nuklear digunakan - Presiden Yoon
Rejim Korea Utara mesti sedar sepenuhnya bahawa senjata nuklear tidak akan pernah dapat menjamin keselamatannya, kata Yoon.
Tentera Laut Korea Utara dilengkapi senjata nuklear, kata Kim
Korea Utara akan melengkapi tentera lautnya dengan senjata nuklear, kata pemimpin negara itu.
Rejim Pyongyang mungkin 'berakhir' jika guna senjata nuklear
Seoul mengeluarkan amaran itu sebagai tindak balas terhadap kenyataan Pyongyang mengenai kemungkinan berlakunya konflik nuklear.
Asia Tenggara wajib jadi zon bebas senjata nuklear - Marsudi
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi mengulangi gesaan agar semua pihak berkaitan mesti berusaha sedaya upaya memelihara rantau Asia Tenggara sebagai zon bebas senjata nuklear.
'Apa masalahnya? Hubungi saja Putin' - Presiden Belarus dakwa boleh guna senjata nuklear
Presiden Belarus Alexander Lukashenko mengancam untuk menggunakan senjata nuklear, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.