MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan niatnya pada Jumaat untuk menempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus mulai awal Julai.
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.
Kenyataan ini dibuat selepas beliau bertemu Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, lapor dpa, memetik agensi berita Rusia, TASS.
Ia sekali gus bermakna pemindahan akan dibuat sebelum persidangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Lithuania, yang bersempadan dengan Belarus.
Persidangan NATO di ibu negara Lithuania, Vilnius, akan berlangsung pada 11 dan 12 Julai.
Putin mengumumkan pada 25 Mac bahawa beliau akan memindahkan senjata nuklear Rusia ke negara sekutu dan bekas negara Soviet, Belarus.
Beliau membenarkan tindakan ini sambil menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah menyimpan senjata nuklear di Eropah, termasuk di Jerman, sejak bertahun-tahun.
Jika rancangan Moscow dilaksanakan, Belarus akan menerima peluru berpandu Iskander, untuk kali pertama sejak 1990-an, selepas kejatuhan Kesatuan Soviet.
Menurut laporan TASS, beberapa pesawat pejuang Belarus juga telah diubah suai bagi mengendalikan senjata baharu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Putin (kanan) dan Lukashenko mengadakan pertemuan di kediaman Bocharov Ruchei di bandar Sochi, Rusia, 9 Jun 2023. (Foto AP)
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Pilihan Raya Presiden bermula di Belarus
Pilihan Raya Presiden bermula di Belarus pada Ahad dengan pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi (0500 GMT) dan ditutup pada pukul 8 malam (1700 GMT).

Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria
Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.

Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.

Perisikan AS dapat petunjuk awal pemberontakan tentera Wagner
Agensi perisik AS mengesan beberapa petunjuk mendakwa Yevgeny Prigozhin sedang bersiap sedia menentang pertahanan Moscow.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kelayakan Euro 2024: Ukraine dapat 'lampu hijau'
Ukraine akan terus beraksi dalam kempen Kelayakan Euro 2024 meskipun sebelum ini dilarang daripada menyertai sebarang kejohanan yang membabitkan penyertaan wakil dari Rusia dan Belarus.

Rusia tempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus, pertama kali sejak 1990-an
Rusia bakal tempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus, kali pertama sejak 1990-an.

Biaya protes antikerajaan, Pemenang Hadial Nobel 2022 dipenjara 10 tahun
Ales Bialiatski dan rakan-rakannya dituduh menyalurkan dana Viasna kepada tahanan politik dan membantu membayar yuran guaman mereka.

Krisis Rusia-Ukraine: Zelenskyy rayu Belarus tidak bekerjasama dengan Rusia
Kepimpinan Rusia kini cuba untuk mengajak rakyat Belarus dalam peperangan dan menyemai kebencian terhadap Ukraine.

Lebih 60 atlet Rusia, Belarus dihalang sertai maraton Boston
Bagaimanapun, rakyat di kedua-dua negara yang tinggal di luar negara boleh menyertai acara itu dengan syarat tidak menggunakan bendera negara asal mereka.