BEIJING: Keselamatan siber merupakan tunjang kepada keselamatan negara, dengan itu dalam menghadapi cabaran bersama, negara-negara berkaitan perlu meningkatkan komunikasi strategik, menetapkan arah kerjasama dan memelihara kepentingan bersama, kata Ketua Pejabat Hal-Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat Wakil Kanan Negara-negara BRICS bagi Hal Ehwal Keselamatan di Johannesburg, Afrika Selatan pada Isnin.
Di samping itu, beliau turut mengemukakan empat cadangan, antaranya membina ruang siber yang sama rata serta rasional.
Jelas Wang, masa depan ruang siber dan keselamatan siber perlu dibina dan dipelihara secara bersama-sama oleh pelbagai negara.
"Kita seharusnya melaksanakan multilateralisme yang sebenar serta menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan teras dalam tadbir urus ruang siber," kata beliau.
Selain itu, Wang turut mencadangkan untuk membina ruang siber yang terbuka dan inklusif.
Beliau berkata semua pihak perlu mempertahankan kesamarataan dan keadilan, di samping menentang hegemoni sains dan teknologi serta siber dalam apa jua bentuk.
"Kita patut membina ruang siber yang selamat dan mantap.
"Pelbagai negara perlu mematuhi peraturan dan prinsip Piagam PBB, memboikot dengan tegas perlumbaan senjata siber, menentang niat melaksanakan 'revolusi warna' dalam ruang siber," tambah Wang.
Pada masa sama, beliau turut menyarankan untuk membina ruang siber yang berdinamik, menjamin keselamatan negara dan kepentingan awam, di samping memanfaatkan peluang digital, memastikan rantaian pengeluaran dan bekalan industri maklumat serta komunikasi sejagat terbuka, selamat dan stabil, selain merangsang potensi dan kedinamikan kerjasama antarabangsa dalam ruang siber.
"China bersedia meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan negara pasaran baharu dan negara membangun, menyumbang kepada pembaharuan sistem tadbir urus siber sejagat dan pembinaan komuniti berkongsi nasib ruang siber," kata Wang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Wang turut mengemukakan empat cadangan, antaranya membina ruang siber yang sama rata serta rasional. -Gambar fail/AP
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
Arahan dibuat menggunakan Akta Pelaburan Kanada yang membenarkan semakan pelaburan asing yang boleh membahayakan keselamatan negara.

Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.

Aset usang lemahkan pertahanan negara - Veteran
Arshad menegaskan, pemodenan aset ketenteraan perlu bagi mengekalkan keupayaan pertahanan yang kukuh dalam menghadapi ancaman semasa.

Ajaran Millah Abraham mahu tubuh kerajaan sendiri, berisiko ancam keselamatan
Ajaran sesat Millah Abraham yang didapati mempunyai barisan 'jemaah menteri' cukup berisiko mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.

PDRM kekalkan keselamatan negara di tahap terbaik sepanjang tahun lepas
PDRM berjaya mengekalkan situasi keselamatan negara pada tahap yang amat baik dan terkawal sepanjang tahun lepas.

Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman esok bantu siasatan kes hina institusi raja
Polis Diraja Malaysia memanggil Tony Pua ke Bukit Aman esok untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kenyataan beliau yang didakwa menghina institusi diraja.

Mahkamah Rayuan mahu lihat laporan sulit kehilangan aktivis secara tertutup
Mahkamah Rayuan mahu kerajaan mengemukakan laporan sulit pasukan petugas khas berhubung kehilangan aktivis Amri Che Mat bagi membolehkan mahkamah menilai kandungan laporan itu.