Ribuan penunjuk perasaan berarak di jalanan beberapa bandar raya utama di Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda memprotes tindakan polis menembak mati dua lelaki kulit hitam minggu ini.
Demonstrasi itu berlangsung sehari selepas insiden seorang lelaki bersenjata yang menembak lima anggota polis ketika berlangsung sebuah demonstrasi seumpamanya di Dallas, lapor Reuters.
Penunjuk perasaan menghalang laluan di New York, Atlanta dan Philadelphia pada malam Jumaat, selain perancangan acara yang sama bakal menyusul di San Francisco dan Phoenix.
Media sosial turut dibanjiri rakaman aksi ribuan pemprotes berarak di Atlanta dalam sebuah demonstrasi besar, sambil melaung dan menunjukkan sepanduk menuntut keadilan.
Datuk Bandar Atlanta melalui akaun Twitternya memberitahu, tunjuk perasaan itu aman, walaupun 10 orang sudah ditahan polis.
Demonstrasi pada Jumaat memuncak berikutan insiden lelaki kulit hitam Philando Castile, 32, yang ditembak mati di St. Paul, Minnesota dan Alton Sterling, 37, di Baton Rouge, Louisiana.
Video langsung Castile ditembak polis hingga mati pada Rabu, telah dimuat naik oleh teman wanitanya ke Internet.
Sterling pula ditembak mati sewaktu pergelutan di luar sebuah kedai serbaneka oleh dua anggota polis kulit putih.
Dua kejadian itu mencetus ketegangan kaum di seluruh negara lebih-lebih lagi khalayak umum belum melupakan insiden kematian seorang remaja kulit hitam, Michael Brown, pada 2014 di tangan anggota polis kulit putih di Ferguson, Missouri.
Pada Khamis, demonstrasi di Dallas berlangsung aman sehingga kejadian tembakan mengejutkan ramai.
Pihak berkuasa berkata, seorang bekas tentera Micah Johnson, 25, dikatakan mahu ‘membunuh polis kulit putih’, lalu melancarkan serangan hendap hingga mengorbankan lima anggota polis dan mencederakan beberapa orang awam.
Pihak polis kemudiannya mengakhiri nyawa Johnson menggunakan robot pembawa bom selepas memerangkapnya di sebuah kawasan parkir.
Agensi
Sat Jul 09 2016

Penunjuk perasaan memprotes keganasan polis di Grand Central Station, New York pada 8 Julai. - Foto AFP
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Tunjuk perasaan, kebakaran di Lisbon selepas lelaki Afrika maut dalam operasi polis
Ribuan orang turun ke jalanan pada Sabtu untuk membantah keganasan polis dan diskriminasi.

Rusuhan di Perancis, Macron akan jumpa 200 Datuk Bandar
Presiden Emmanuel Macron merancang untuk bertemu dengan lebih 200 datuk bandar negara itu setelah komuniti mereka terjejas terutamanya oleh protes yang melanda Perancis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kematian George Floyd: Majlis Bandaraya Minneapolis bayar AS$27 juta kepada keluarga
Keluarga Floyd memfailkan tuntutan hak sivil persekutuan pada bulan Julai tahun lepas terhadap bandar raya itu, Chauvin dan tiga pegawai lain.

Pemilihan juri kes bunuh George Floyd bersambung hari ini
Pemilihan juri bagi kes pembunuhan George Floyd bersambung hari ini selepas ditangguhkan pada Selasa.

Trump tandatangani arahan eksekutif ke arah reformasi polis
Arahan eksekutif ini menyasarkan kebertanggungjawaban dalam penguatkuasaan undang-undang.

Gabenor New York gerak usaha ke arah reformasi polis AS
Cuomo mencabar masyarakat dan pihak berkepentingan untuk merebut peluang untuk membuat perubahan berkekalan melalui perundangan.

Polis New York dilarang guna 'chokehold' ketika tahan suspek
Gabenor New York, Andrew Cuomo menandatangani rang undang undang yang akan menghalang polis untuk menggunakan kekerasan termasuk mencekik suspek.

Penunjuk perasaan di London ingin perubahan, reformasi besar
Protes tersebut disertai ribuan penunjuk perasaan susulan kematian George Floyd di Amerika Syarikat akibat keganasan polis.

Adik mendiang George Floyd gesa protes aman
Adik mendiang George Floyd, Terrence menggesa penunjuk perasaan untuk mengadakan protes aman.