PARIS: Presiden Emmanuel Macron merancang untuk bertemu dengan lebih 200 datuk bandar negara itu pada Selasa setelah komuniti mereka terjejas terutamanya oleh protes yang melanda Perancis, menurut laporan media tempatan dipetik Agensi Berita Jerman (dpa).

Macron juga akan bertemu dengan presiden Dewan Senat dan Dewan Rakyat pada Isnin, lapor penyiar BFMTV dan akhbar Le Parisien pada Ahad malam, berikutan mesyuarat tergempar Macron dengan menteri Kabinet.

Perancis digegarkan oleh rusuhan ganas sepanjang hari termasuk rompakan kedai dan membakar bangunan serta kenderaan.

Keganasan itu dicetuskan oleh kematian seorang remaja berusia 17 tahun yang ditembak mati polis semasa pemeriksaan lalu lintas di pinggir bandar Paris. Pembunuhan itu menimbulkan kemarahan rakyat yang bimbang mengenai keganasan polis dan perkauman sistemik.

Macron bertemu dengan Perdana Menteri Elisabeth Borne, Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin dan Menteri Kehakiman Eric Dupond-Moretti pada Ahad malam.

-- BERNAMA