Memasuki era baharu selepas kembali dilantik sebagai Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi ternyata mempunyai banyak rencana dalam usaha mengangkat negara republik itu ke tahap seterusnya.
Sewaktu ditemu ramah Ketua Pengarang Bloomberg, John Micklethwait, anak kelahiran Surakarta itu berkongsi rancangannya untuk menarik lebih banyak pelabur dengan meringankan undang-undang berkaitan tenaga buruh, mengurangkan cukai korporat menjelang 2021, serta meningkatkan lagi modal insan yang berkualiti.
Namun, jelasnya, ia harus dilakukan dengan berhati-hati memandangkan mereka juga perlu mengambil kira kekangan dari segi belanjawan negara, termasuk cabaran dalam mengekalkan defisit sekitar dua peratus.
“Saya sering dimaklumkan oleh pihak pelabur asing mengenai undang-undang berkaitan tenaga buruh, terutamanya di sektor intensif. Mereka juga mahu perlesenan yang lebih mudah. Jadi kami akan memberi fokus kepada dua isu ini.
“Jadi dengan cara ini, kami boleh menarik lebih banyak pelaburan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Saya perlu berbincang juga dengan ketua-ketua persatuan pekerja,” katanya lagi.
Agrikultur dan vokasional
Selain sektor perindustrian, Jokowi juga mahu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang pertanian, memandangkan Indonesia masih banyak tanah yang sesuai untuk komoditi seperti beras, koko, kopi, dan lain-lain lagi.
Untuk lima tahun seterusnya, beliau juga akan memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan melalui bidang vokasional, dengan memandang Jerman sebagai contoh terbaik.
“Kami melihat Jerman sebagai negara yang bagus dalam membangunkan modal insan melalui sekolah vokasional dan latihan yang bersesuaian. Sewaktu saya menjadi Datuk Bandar Solo, saya ada pengalaman mewujudkan taman tekno. Itu sesuai dijadikan contoh dalam menghasilkan tenaga kerja yang mahir dalam mesin moden,” katanya lagi.
Mengenai perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, Jokowi berkata, ia adalah sesuatu yang semua negara ASEAN terpaksa memilih di pihak mana mereka mahu berada.
Bagaimanapun, Indonesia, jelasnya lagi, akan terus mencari peluang yang wujud di sebalik perang dagang itu, kerana republik itu mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua negara gergasi itu.
“Apa yang menjadi keutamaan kami ialah kepentingan bagi Indonesia dan rakyatnya,” kata Jokowi.
Suara mahasiswa
Dalam temu bual itu, Jokowi turut menyentuh mengenai protes besar-besaran mahasiswa yang menolak pindaan terhadap beberapa undang-undang mengenai kebebasan dan hak asasi rakyat, serta mengurangkan kuasa badan pencegah rasuah Indonesia atau KPK.
Beliau berkata, Indonesia merupakan sebuah negara yang berdemokrasi, dan mereka akan mendengar apa jua yang diutarakan mahasiswa berkenaan.
“Saya rasa demonstrasi itu normal di sini. Semasa saya Datuk Bandar Solo, saya telah hadapi protes dan demonstrasi. Semasa menjadi Gabenor Jakarta, setiap hari ada protes. Dan kini sebagai Presiden, ada protes di depan Istana juga. Kadang-kadang saya mengajak mereka masuk untuk mendengar apa yang mereka tidak puas hati,” katanya.
Jokowi berkata, Perlembagaan Indonesia membenarkan protes diadakan selagi ia tidak menyalahi undang-undang atau mengganggu gugat ketenteraman awam.
Firdaus Azil
Sun Oct 20 2019
Anak kelahiran Surakarta ini mahu tarik lebih banyak pelabur dengan ringankan undang-undang tenaga buruh, serta kurangkan cukai korporat. - Bernama
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.