Seorang terbunuh dan 10 lagi cedera apabila sebuah van melanggar pejalan kaki berhampiran sebuah masjid di utara London dalam satu insiden pada Isnin.
Kes itu kini disiasat oleh pegawai menangani keganasan, menurut polis.
"Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," kata polis Metropolitan dalam satu kenyataan.
Polis berkata, lapan orang telah dibawa ke tiga hospital berasingan dan dua orang dirawat di tempat kejadian kerana cedera ringan.
BACA: Van langgar pejalan kaki di London, beberapa orang cedera
Seorang pemandu van berusia 48 tahun, yang ditahan oleh orang awam di tempat kejadian dan kemudian ditangkap oleh polis, telah dibawa ke hospital dan akan tertakluk kepada penilaian kesihatan mental.
Sementara itu, Perdana Menteri Theresa May berkata, insiden itu diklasifikasi oleh polis sebagai kemungkinan serangan pengganas.
"Polis telah mengesahkan kejadian ini dianggap sebagai kemungkinan serangan pengganas.
"Saya akan mempengerusikan mesyuarat tergempar pagi ini," katanya sambil melahirkan simpatinya terhadap mangsa dan keluarga mereka.
Pada masa sama, Majlis Islam Britain berkata, seorang lelaki kulit putih sengaja memandu kenderaannya merempuh jemaah sebuah masjid berhampiran utara London, memetik saksi dan video yang merakamkan insiden itu.
"Kelihatannya seorang lelaki kulit putih dalam sebuah van dengan sengaja merempuh sekumpulan jemaah yang ketika itu sedang merawat seseorang yang telah jatuh sakit," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kejadian itu merupakan manifestasi Islamophobia yang paling ganas di Britain sejak kebelakangan ini dan menggesa langkah keselamatan tambahan diambil di kawasan masjid ketika Ramadan semakin hampir ke penghujungnya.
Agensi
Mon Jun 19 2017
Beberapa orang Islam mendirikan solat di kawasan terbuka selepas sebuah kenderaan merempuh pejalan kaki berdekatan sebuah masjid di kejiranan Finsbury Park, utara London, Britain, 19 Jun, 2017. REUTERS
[TERKINI] 9 termasuk 4 isteri ahli lembaga GISB dilanjut reman
Sembilan termasuk empat isteri Ahli Lembaga GISB Holding Sdn Bhd dilanjutkan reman antara satu dan dua hari.
Akta 852: KKM yakin kadar merokok menurun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan
Kementerian Kesihatan yakin prevalens kebangsaan merokok mampu turun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan susulan penguatkuasaan Akta 852.
Juruteknik jatuh di lereng Gunung Machincang bukan pekerja kereta kabel
Panorama Langkawi menjelaskan juruteknik yang terjatuh dari besi penahan platform kaca di lereng Gunung Machincang, bukan pekerja atau kontraktor syarikat itu.
Dakwaan guru paling ramai palsukan MC tidak bertanggungjawab - Fadhlina
Dakwaan mengaitkan guru sebagai penjawat awam paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) adalah tidak bertanggungjawab.
Lagi pemimpin Hamas mati dalam serangan Israel
Pemimpin Hamas Tulkram Zahi Yaser Abd al-Razeq Oufi antara 18 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar itu yang diduduki di Tebing Barat.
Ribut petir dijangka landa hampir semua negeri petang ini
Ribut petir atau hujan lebat diramal berlaku di hampir semua negeri hingga 4 petang ini, menurut METMalaysia.
Kertas cadangan mengenai anak asuhan GISB dijangka dibentang minggu depan - Nancy
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan.
Penyamar pelbagai profesion tipu tawaran kerja juruterbang
Seorang lelaki yang dikatakan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menipu menyebabkan kerugian RM24,000 antara 2016 hingga 2018.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
microLEAP sedia solusi pembiayaan digital patuh syariah buat PMKS tempatan
microLEAP, sebuah platform pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) patuh Syariah dan konvensional, muncul sebagai penyelesaian alternatif kepada perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Malaysia.
St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II
Sebuah memorial rasmi bagi memperingati mendiang Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di St. James's Park, London.
Kebakaran bangunan di London, lebih 100 dipindahkan, dua dimasukkan ke hospital
Lebih 100 orang dipindahkan manakala dua dibawa ke hospital selepas kebakaran melanda sebuah bangunan di Dagenham, London Timur.
100 anggota bomba tangani kebakaran bumbung di Somerset House London
Kira-kira 100 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di Somerset House yang bersejarah London.
UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun
United Kingdom mencatatkan hari paling panas tahun ini apabila suhu mencecah 34.8 darjah Celcius di Cambridge.
Banyak negara keluar amaran keselamatan ke UK
Beberapa negara telah mengeluarkan amaran keselamatan kepada warganegara mereka di United Kingdom (UK) berikutan protes dan rusuhan antipendatang yang berlarutan selama beberapa hari.
Na'imah peroleh pasport sementara ke London, Venice
Mahkamah memerintahkan Na'imah menyerahkan pasport kepada mahkamah selepas kembali ke Malaysia sebelum atau pada 27 Julai ini.
Kate Middleton sertai Trooping the Colour bersama ahli keluarga
Puteri Wales menyertai ahli keluarganya di acara perarakan tahunan tentera, Trooping the Colour pada Sabtu.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.