KIGALI (Rwanda): Ratusan orang telah ditahan di seluruh negara sejak protes berdarah meletus sebagai reaksi terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada seorang pemimpin pembangkang, kata seorang pegawai pada Ahad.
Keganasan meletus di ibu negara Senegal, Dakar, dan beberapa bandar pada Khamis selepas presiden parti PASTEF-Patriots, Ousmane Sonko dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun atas tuduhan "memperdaya remaja".
Protes baharu meletus pada Jumaat, jumlah kematian kini mencecah 15 nyawa, lapor Agensi Anadolu.
"Lebih kurang 500 penahanan telah dilakukan sejak protes bermula.
"Sebahagian yang ditahan adalah ahli parti politik," kata Menteri Dalam Negeri Antoine Diome kepada wartawan di Dakar.
Beliau berkata bahawa keadaan agak tenang pada Sabtu dan Ahad ekoran demonstrasi yang berkurangan.
Menteri itu turut menyatakan bahawa infrastruktur penting telah dirampas oleh penunjuk perasaan.
Kerajaan terpaksa menghentikan perkhidmatan rangkaian media sosial buat sementara waktu untuk mengekalkan keamanan di negara Afrika Barat ini.
Pada Ahad, Kementerian Komunikasi menyatakan bahawa kerajaan telah menangguhkan perkhidmatan data telefon bimbit sebagai sebahagian daripada langkah-langkah menghalang "penyebaran mesej benci dan subversif.
Sonko dituduh merogol dan mengancam akan membunuh Adji Sarr, seorang pekerja di sebuah salon kecantikan di Dakar, pada 2021.
Pada Khamis, mahkamah membebaskan Sonko daripada tuduhan rogol tetapi menjatuhkan hukuman dua tahun atas tuduhan memperdaya remaja, yang menyebabkan beliau tidak memenuhi syarat bertanding dalam pilihan raya presiden.
Beliau masih belum ditahan dan dilaporkan berada di kediamannya di Dakar.
Sonko menduduki tempat ketiga dalam pilihan raya 2019 menentang Presiden Macky Sall, tetapi semasa perbicaraan, beliau mendakwa bahawa kes itu berunsur politik untuk menghalangnya daripada bertanding pada 2024.
Pada Jumaat, Kesatuan Afrika dan blok serantau Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS) mengutuk kekerasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023

Keganasan meletus di ibu negara Senegal, Dakar, dan beberapa bandar pada Khamis selepas presiden parti PASTEF-Patriots, Ousmane Sonko dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun atas tuduhan "memperdaya remaja". - Gambar/ Reuters

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden Senegal umum pengakhiran tentera asing menjelang 2025
Presiden Senegal Bassirou Diomaye Faye mengumumkan pada Selasa "pengakhiran kehadiran semua tentera asing" di negara Afrika Barat itu pada 2025 dalam ucapan sempena Tahun Baharu, lapor Xinhua.

23 migran maut bot dinaiki karam di Senegal
Seramai 23 migran maut selepas bot dinaiki mereka menuju ke Eropah karam di luar pantai Saint-Louis di utara Senegal.

Ratusan ditahan ekoran situasi politik tegang di Senegal
Ratusan orang telah ditahan di seluruh negara sejak protes berdarah meletus sebagai reaksi terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada seorang pemimpin pembangkang, kata seorang pegawai pada Ahad.

Piala Dunia Qatar: Three Lions dalam kelas tersendiri benam Senegal
Gol yang terhasil menerusi jaringan Jordan Henderson, Harry Kane dan Bukayo Saka membuka laluan ke suku akhir untuk bertemu Perancis.

Piala Dunia Qatar: Belanda, Senegal ke pusingan 16
Aksi di Stadium Al Bayt menyaksikan Belanda muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan tuan rumah, Qatar, 2-0.

Piala Dunia Qatar: Tuan rumah di ambang penyingkiran selepas dibenam Senegal
Senegal menguasai sebahagian besar babak pertama dan berhasil memecahkan kebuntuan jaringan menerusi penyudah Boulaye Dia.

Lions of Teranga tetap bawa Mane ke Qatar 2022
Penyerang berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan pada fibula kanannya ketika Bayern menang 6-1 ke atas Werder Bremen.

11 bayi baru lahir maut kebakaran hospital
Sekurang-kurangnya 11 bayi yang baru dilahirkan dilaporkan maut dalam insiden kebakaran di Dakar, Senegal.

AFCON: Mane dedikasikan kejuaraan buat Aliou Cisse
Penyerang Liverpool itu menjaringkan sepakan penalti penentuan ketika Senegal menewaskan Mesir 4-2 pada Ahad.

Senegal juara Piala Negara-Negara Afrika
Ayam tambatan Senegal yang juga tonggak Liverpool, Sadio Mane dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir kali ini.