DAKAR: Presiden Senegal Bassirou Diomaye Faye mengumumkan pada Selasa "pengakhiran kehadiran semua tentera asing" di negara Afrika Barat itu pada 2025 dalam ucapan sempena Tahun Baharu, lapor Xinhua.

"Saya mengarahkan menteri angkatan tentera untuk mencadangkan doktrin baharu dalam kerjasama pertahanan dan keselamatan yang antara lain membawa kepada pengakhiran semua tentera negara asing di Senegal mulai 2025," katanya.

"Semua rakan Senegal akan dilayan sebagai rakan strategik dalam rangka kerjasama yang terbuka, pelbagai dan tanpa sekatan," jamin presiden itu.

Pada 28 Nov lalu, Faye berkata kedaulatan yang diperjuangkan oleh kerajaannya "tidak selari dengan kehadiran pangkalan tentera di sebuah negara yang berdaulat".

-- BERNAMA