ENGLAND mempamerkan aksi dominan untuk menewaskan Senegal 3-0 dengan meyakinkan di Stadium Al Bayt dan memastikan tempat mereka ke suku akhir Piala Dunia Qatar, dalam kemenangan yang turut mengekalkan rekod tanpa kalah mereka menentang negara Afrika dalam kejohanan terbesar bola sepak.

Gol yang terhasil menerusi jaringan Jordan Henderson, Harry Kane dan Bukayo Saka membuka laluan ke suku akhir untuk bertemu juara bertahan, Perancis yang mengatasi Poland 3-1 dalam yang berlangsung di Stadium Al Thumama.

Setengah jam pembukaan penuh dengan peluang yang dibazirkan England di kawasan berbahaya, dengan Senegal tidak dapat memanfaatkan peluang mereka sepenuhnya.

Boulaye Día melihat rembatan jarak dekat terkena John Stones -- VAR memutuskan tiada penalti diberikan -- sebelum Jordan Pickford dipaksa bekerja keras menafikan percubaan penyerang Salernitana itu.

England akhirnya bangkit dari lena dan, daripada gerakan pertama mereka yang penuh berkualiti, mendahului tujuh minit sebelum rehat. Kane melepaskan Jude Bellingham di sebelah kiri sebelum melakukan hantaran yang disempurnakan Henderson.


Kedudukan mampu menjadi 2-0 tiga minit kemudian menerusi gerakan yang hampir sama, namun percubaan Kane sekadar tersasar.

Skuad kendalian Gareth Southgate berjaya meletakkan pasukan dalam kedudukan selepas memasuki masa kecederaan separuh masa pertama, Bellingham yang memenangi bola daripada Senegal bijak melakukan hantaran kepada Foden sebelum pemain Manchester City itu bijak mencari Kane untuk menjaringkan gol pertamanya di pentas Piala Dunia kali ini.

England memastikan kejayaan di pihaknya 12 minit selepas perlawanan bersambung di separuh masa kedua, Foden sekali lagi melakukan bantuan jaringan untuk Saka yang bijak melakukan kuisan mengatasi penjaga gol Edouard Mendy.