ADDIS ABABA: Kesatuan Afrika pada Rabu bertindak menggantung keahlian Sudan dan melarang negara ini menyertai semua aktiviti kesatuan.
Keputusan itu akan berkuat kuasa sehingga kerajaan peralihan Sudan dikembalikan semula. Kerajaan peralihan itu dibentuk lebih dua tahun lepas susulan penyingkiran bekas Presiden Omar al-Bashir, lapor agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan, Majlis Politik, Keamanan dan Keselamatan Afrika (PAPS) menggesa pengembalian semula kerajaan peralihan yang menggabungan pegawai awam dan tentera.
Sambil menyambut baik pembebasan Perdana Menteri Abdalla Hamdok, PAPS menyeru sayap tentera yang diketuai Jeneral Abdel Fattah al-Burhan supaya membebaskan anggota Kabinet yang ditahan dan pegawai awam lain.
Pada Isnin, tentera Sudan mengumumkan darurat, membubarkan majlis kedaulatan dan kerajaan peralihan, beberapa jam selepas menahan Hamdok dan beberapa menteri.
Rentetan daripada pengambilalihan tentera itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pelbagai negara telah menggesa kerajaan peralihan dikembalikan sementara pilihan raya umum diadakan.
Selepas rampasan kuasa tentera yang gagal bulan lepas, ketegangan meletus antara tentera dan pentadbiran awam di Sudan.
Sebelum tentera mengambil alih, Sudan ditadbir oleh majlis berdaulat yang menggabungkan pihak tentera dan awam, sementara pilihan raya yang dijadualkan pada 2023 diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021
Majlis Politik, Keamanan dan Keselamatan Afrika (PAPS) menggesa pengembalian semula kerajaan peralihan yang menggabungan pegawai awam dan tentera. - AP
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
Ketua UN kecam pembunuhan 3 kakitangan WFP di Sudan
Guterres mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB serta bantuan kemanusiaan.
Pesawat kargo ditembak jatuh disangka milik tentera, tiada mangsa selamat
Pasukan Rapid Support Forces (RSF) yang terlibat dalam konflik di Sudan dipercayai secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat kargo selepas disangka sebagai pesawat tentera.
WFP sambut baik pembukaan semula lintasan sempadan Adre dari Chad ke Sudan
WFP sedang memperluaskan bantuan ke 14 kawasan berisiko dilanda kebuluran di Sudan, terutamanya Darfur, Kordofan, Khartoum dan Gezira.
Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB
Katanya, hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.
WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan
WFP memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di #Sudan dengan segera di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin mendesak.
Angka pelarian dunia cecah hampir 76 juta orang
Bilangan penduduk hilang tempat tinggal di sempadan negara mereka sendiri meningkat kepada lebih 50 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.
Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan
Setiausaha Agung PBB menyeru untuk gencatan senjata dalam konflik antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan menjelang Ramadan.
Sudan: 700,000 kanak-kanak diancam kekurangan zat makanan
UNICEF memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB
Sudan menggesa pengunduran segera misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).