SEORANG suami yang naik baran selepas terjumpa rambut di dalam buburnya bertindak mencukur botak kepala isterinya di sebuah perkampungan di Joypurhat, Utara Bangladesh pada Selasa.
Lelaki bernama Bablu Mondal, 35, ditahan polis Bangladesh dan didakwa dengan sengaja melakukan jenayah dengan niat mencederakan isterinya yang berumur 24 tahun.
Suspek juga bakal menerima hukuman penjara 14 tahun jika disabit kesalahan.
Kes yang diklasifikasi sebagai penderaan yang dikatakan berleluasa terhadap kaum wanita di Bangladesh dikaitkan dengan peningkatan kes penganiyaan terhadap kaum Hawa.
Menurut pertubuhan hak wanita tempatan Aino Salish Kendra, Bangladesh mencatatkan purata 3 kes rogol sehari dalam jangka masa enam bulan pertama tahun ini.
Pertubuhan itu turut mencatatkan 630 kes wanita dirogol antara Januari dan Jun tahun ini.
Tambah laporan itu lagi, 37 wanita menjadi mangsa pembunuhan sementara tujuh wanita lain mengambil tindakan bunuh diri. Selain itu, terdapat 105 kes cubaan merogol.
Pada April lalu, seorang pelajar wanita berumur 19 tahun dibakar hidup-hidup kerana membuat laporan dirinya dirogol oleh guru besar sekolahnya.
Kes itu menerima perhatian meluas apabila siasatan mendedahkan guru besar tersebut mengarah dan merancang jenayah membunuh pelajar tersebut.
Agensi
Wed Oct 09 2019

Suspek didakwa dengan sengaja melakukan jenayah dengan niat mencederakan isterinya yang berumur 24 tahun.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.
Pelajar patah tulang hidung ditumbuk akibat salah faham
Gara-gara pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
Tumpuan Sabtu – 15 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (14 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mac 2025.

Malaysia perkukuh kedudukan sebagai pusat perdagangan, kewangan, teknologi berdaya saing - PM Anwar
Malaysia akan memperkukuh kedudukannya sebagai pusat perdagangan, kewangan dan teknologi yang berdaya saing dalam keadaan perubahan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Tonight 14 March 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang.

Rambut dalam bubur - isteri botak kena cukur
Polis Bangladesh menahan lelaki yang bertindak mencukur kepala isteri selepas terjumpa rambut dalam bubur sarapan pagi.