Ringkasan AI
- Rakyat Venezuela mengundi untuk memilih presiden baharu dengan 10 calon bertanding, termasuk Presiden Nicolas Maduro dan Edmundo Gonzalez.
- Lebih 21 juta pengundi berdaftar, dengan pusat pengundian dibuka dari 6 pagi hingga 6 petang dan 380,000 askar serta polis dikerahkan untuk menjaga keamanan.
- Jika Gonzalez menang, pemerintahan Parti Sosialis Bersatu Venezuela selama 25 tahun akan berakhir, dan banyak negara menghantar pemerhati untuk memantau pilihan raya.
Terdapat lebih 21 juta pengundi berdaftar di negara Amerika Selatan itu dan pusat pengundian dibuka pada pukul 6 pagi waktu tempatan. Pengundian akan diteruskan sehingga pukul 6 petang, lapor Agensi Anadolu.
Dengan 10 calon yang bertanding, persaingan utama dijangka antara Presiden Nicolas Maduro yang ingin mendapatkan penggal ketiga dan Edmundo Gonzalez, yang disokong oleh gabungan pembangkang.
Lebih daripada 380,000 askar dan polis telah dikerahkan di seluruh negara untuk memastikan undang-undang dan ketenteraman terpelihara.
Jika Gonzalez menang, pemerintahan selama 25 tahun Parti Sosialis Bersatu Venezuela akan berakhir.
Buat kali pertama dalam 10 tahun, semua parti pembangkang di negara dengan 29 juta penduduk itu memutuskan untuk tidak memboikot pilihan raya, menurut Anadolu.
Banyak negara, termasuk Turkiye, menghantar pemerhati untuk memantau proses pengundian.
Penggal enam tahun presiden baharu akan bermula pada 10 Januari 2025.
-- BERNAMA