CARACAS: Venezuela pada Isnin menggesa kerajaan Argentina, Chile, Costa Rica, Peru, Panama, Republik Dominican dan Uruguay supaya menarik balik kakitangan diplomatik mereka di negara itu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Langkah itu, diumumkan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Venezuela, juga menggesa penarikan balik kakitangan diplomatik Venezuela yang diakreditasi di negara-negara berkenaan.

Venezuela menuduh kerajaan tujuh negara itu "campur tangan" dalam hal ehwal dalamannya, terutamanya pilihan raya presiden yang diadakan pada Ahad yang menyaksikan Presiden Nicolas Maduro dipilih semula untuk penggal ketiga selama enam tahun.

Majlis Pilihan Raya Kebangsaan Venezuela pada Isnin mengisytiharkan Maduro menang pilihan raya presiden pada Ahad.

-- BERNAMA